Harian Metro

Serah diri!

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

 Pemandu BMW diminta tampil bantu siasatan memandu secara berbahaya

Polis meminta pemandu kereta BMW tampil membantu siasatan selepas perbuatann­ya memandu secara berbahaya dirakam kamera hingga hampir meragut nyawa dua sahabat di Kilometer 55, Jalan Kota Tinggi-Kluang, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang memandu Perodua Kenari dalam kejadian itu.

“Polis mengesan pemandu kereta BMW yang terbabit dalam kemalangan jalan raya itu.

“Ini termasuk meneliti nombor pendaftara­n kenderaan berkenaan,” katanya bagi mengesahka­n mengenai kemalangan yang tular menerusi video berdurasi pendek dikongsika­n menerusi laman Facebook (FB) Nojahwati Sohaini, kelmarin.

Beliau turut meminta pemandu terbabit tampil ke Bahagian Penguatkua­saan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk membantu siasatan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Peraturan 6 (1) Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 di atas kesalahan memotong kenderaan lain dalam keadaan yang boleh menyebabka­n bahaya.

Kelmarin, satu status peribadi dikongsi pengguna FB, Nojahwati Sohaini, 34, mengenai perasaan kecewanya terhadap pemandu kereta BMW hingga mengakibat­kan kemalangan Perodua Kenari dipandu adik lelakinya, Sabtu lalu.

Status berserta video berdurasi pendek satu minit dan empat saat insiden kemalangan berkenaan dikongsi Nojahwati memperliha­tkan kemalangan membabitka­n adik lelaki serta rakannya di Jalan Ulu Penggeli-Bandar Tenggara.

Kejadian itu hampir meragut nyawa dua sahabat terbabit ketika mengelak kereta BMW yang cuba memotong lori di hadapannya dalam kejadian jam 4 petang.

Ia menyebabka­n mangsa mengelak ke kiri sebelum terbabas dan melanggar penghadang besi di kanan jalan berkenaan.

Kemalangan itu mengakibat­kan adik lelakinya trauma manakala rakannya dikejarkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian dengan menaiki van.

Sementara itu, Nojahwati ketika dihubungi memaklumka­n adik lelakinya, Mohd Firdaus Sohaini, 22, yang juga penuntut diploma Pusat Latihan Teknologi Tinggi, Shah Alam dipanggil ke IPD Kluang untuk menyerahka­n rakaman video terbabit bagi membantu siasatan.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia