Harian Metro

Lelaki maut dibelasah di muka lepas pecahkan belon

-

Seorang eksekutif pemasaran maut parah di muka akibat dibelasah lelaki berpunca tindakanny­a memecahkan belon bagi program promosi pelanconga­n di hotel di Jalan Stulang Laut, di sini, awal pagi kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Superinten­dan Rupeah Abd Wahid berkata, kejadian jam 1 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 46 tahun bersama rakannya selesai minum di kelab malam dan naik ke tingkat lima hotel terbabit.

“Mangsa sebelum itu minum di kelab malam jam 9.30 malam melalui kaki lima hadapan bilik pameran disewa untuk satu program promosi pelanconga­n.

“Ketika melalui bilik pameran, mangsa memecahkan belon digantung di tepi pintu bilik serta menarik gegantung disediakan penganjur,” katanya.

Beliau berkata, suspek berusia 40 tahun ketika itu minum berdekatan bilik pameran menjerit ke arah mangsa sebelum tercetus pertengkar­an.

“Suspek menumbuk muka mangsa berkali-kali menggunaka­n tangan menyebabka­n mangsa parah di muka,” katanya.

Menurutnya, suspek ditahan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah JBS dan disahkanur­us setia terbabit dalam program dianjurkan di hotel berkenaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 5 petang hari sama di Hospital Sultanah Aminah,” katanya yang mengesahka­n menerima laporan kejadian itu pada jam 10 malam kelmarin.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati dan suspek direman lima hari hingga Jumaat ini.

 ?? Ropeah ?? Suspek menumbuk muka mangsa hingga parah di muka”
Ropeah Suspek menumbuk muka mangsa hingga parah di muka”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia