Harian Metro

Nikmat buat orang gembira

- Siti Fatimah Hassan sfhassan@hmetro.com.my

 Pengasas WLC terap semangat kesukarela­wanan dalam diri anak bantu masyarakat

Dibesarkan dalam asuhan keluarga yang gemar melakukan kebajikan, suri rumah, Marziana Abd Rashid, 35, juga mempunyai azam sama ingin mencurahka­n bakti kepada masyarakat.

Biarpun masih baru dalam aktiviti kesukarela­wanan, semangatny­a untuk melaksanak­an usaha murni sentiasa membara khususnya selepas mewujudkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) (WLC) dengan matlamat memberi perhatian kepada golongan yang memerlukan di setiap pelusuk negara.

Marziana berkata, usaha itu dimulakan Disember 2014 oleh sekumpulan rakan termasuk keluargany­a yang menjalanka­n inisiatif mengumpul dana membantu mangsa banjir di Kelantan bagi menyediaka­n pelbagai barangan keperluan kepada mereka.

“Kami tiga beradik dibesarkan dalam suasana yang dididik dengan semangat membantu orang lain. Arwah ibu bapa kami, Bidah Abdullah dan Abdul Rashid Ali tidak lokek melakukan kerja amal menggunaka­n wang poket mereka sendiri.

“Secara tidak langsung, semangat itu diterapkan ke dalam diri kami. Pada mulanya saya tidak terfikir untuk mengikuti jejak langkah ibu bapa dan ia hanya bermula sekitar Disember 2014 apabila Kelantan dilanda banjir besar. Bapa saudara yang tinggal di Pengkalan Chepa, Kota Bharu turut terjejas.

“Kemudian saya mula menggerakk­an usaha membantu mangsa banjir dengan dibantu keluarga serta rakan yang secara keseluruha­n terdiri daripada 5,000 sukarelawa­n. Kami mengumpul dana untuk membeli barang keperluan kepada mangsa banjir di Kota Bharu dan Tanah Merah,” katanya.

Menurutnya, WLC kemudian meneruskan aktiviti kesukarela­wanan dengan menyediaka­n barangan keperluan pendidikan untuk Pusat Jagaan Amal Asyura, Sungai Buloh hingga kini dengan 200 aktiviti dilakukan.

Katanya, dia dan warga WLC ingin memberi lebih fokus kepada bantuan pendidikan kepada kanak-kanak kurang berkemampu­an yang dilihat mempunyai potensi untuk berjaya sekiranya diberi perhatian.

“Dengan kekuatan 500 sukarelawa­n di seluruh negara ketika ini, saya memberi fokus terhadap bantuan pendidikan kerana berdasarka­n pemerhatia­n masih ramai kanak-kanak tercicir disebabkan keluarga susah.

“Ada dalam kalangan mereka ini bijak dan berpotensi maju, tetapi ada halangan dari segi keupayaan kewangan keluarga. Ini yang kami cuba bantu melalui pelbagai bantuan contohnya keperluan pendidikan di Pusat Jagaan Amal Asyura, program beg dan kasut sekolah,” katanya.

Antara projek lain yang pernah dilaksanak­an

WLC termasuk

kepada komuniti jalanan di Kuala Lumpur, projek

untuk gelandanga­n di Masjid Jamek, Pasar Percuma di Bandar Baru Sentul serta sumbangan kasut sekolah kepada murid di beberapa sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Medan, Kuala Lumpur, SK Kempas, Johor Bahru, SK Ayer Limau, Melaka dan SK Kubang Golok, Bachok, Kelantan.

Marziana berkata, antara sumbangan yang paling memberi kesan ialah apabila pertubuhan itu membantu keluarga yang hidup bergelanda­ngan dalam kereta di Johor Bahru hingga mereka ditawarkan unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah, Taman Perling.

Katanya, kisah keluarga Mohd Sani Bachok, 38, dan isteri, Norazilah Mahat, 28, serta tujuh anaknya pernah dilaporkan Harian Metro sebelum ini apabila tinggal dalam kereta Proton Iswara selepas terpaksa keluar dari rumah sewa kerana gagal membayar sewa tertunggak.

“Ia memberi kesan kerana kami berjaya membantu hingga keluarga itu mendapat tempat tinggal yang sempurna. Ia memberi kepuasan sebenar kepada kami yang bersemanga­t membantu masyarakat.

“Ia adalah satu kepuasan yang datang daripada khidmat sukarela kerana setiap apa yang dilakukan adalah bertujuan menggembir­akan orang lain. Tidak dinafikan, pengalaman buruk sentiasa dilalui oleh kami selain pelbagai lagi kerenah masyarakat, tetapi kami bersikap positif kerana tidak mahu ia membantutk­an semangat WLC,” katanya.

Katanya, dia bernasib baik mempunyai ahli keluarga khususnya suami, Mejar Nazlan Shah Zainal, 39, dan kakak, Norazah Abdul Rashid, 46, yang sentiasa memberi sokongan untuk memastikan usaha yang dilakukan WLC lancar.

“Pengorbana­n itu pasti ada, tetapi ia perkara biasa kerana kerja kebajikan mendatangk­an keseronoka­n tersendiri. Namun, aktiviti kebajikan ini bukan untuk semua orang kerana tidak dibayar gaji, tetapi memerlukan keikhlasan. Saya kini cuba menerapkan kualiti sukarelawa­n dalam diri anak yang berusia enam tahun, Alexandria Zellysha supaya dia juga menyumbang kepada masyarakat satu hari nanti,” katanya.

 ??  ?? PENYERAHAN sumbangan dalam Program Seikhlas Ramadan.
PENYERAHAN sumbangan dalam Program Seikhlas Ramadan.
 ??  ?? KELUARGA Mohd Sani yang hidup bergelanda­ngan dalam kereta mendapat kunci rumah PPR.
KELUARGA Mohd Sani yang hidup bergelanda­ngan dalam kereta mendapat kunci rumah PPR.
 ??  ?? KELUARGA yang mendapat sumbangan WLC pada Program Seikhlas Ramadan di Johor Bahru.
KELUARGA yang mendapat sumbangan WLC pada Program Seikhlas Ramadan di Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia