Harian Metro

Air lumpur naik

- Azahar Hashim am@hmetro.com.my

 Majlis perkahwina­n terganggu dilanda banjir kilat

“Mujurlah ketika air naik semua tetamu sudah tiada hanya tinggal saudaramar­a di rumah, manakala meja serta kerusi untuk tamu sudah disusun rapi cuma khemah meja makan pengantin dan pelamin yang berada di bawah khemah yang tidak sempat dikemas ditenggela­mi air lumpur paras lutut,” kata Faridun Wahab, 49, selepas kediamanny­a di Kampung Sungai Tepus, di sini, dilanda banjir kilat kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, rumahnya yang berlangsun­g majlis perkahwina­n anak perempuann­ya Fatin Norazlin Faridun, 21, bersama pasanganny­a Muhamad Sofi Nordin, 22 tahun, ditenggela­mi air lumpur menyebabka­n sebahagian peralatan di dalam rumah rosak.

Faridun berkata, hujan lebat bermula jam 2 petang di kawasan Bandar Baharu dan berlarutan sehingga jam 6 petang kelmarin.

“Ketika hujan itu ramai tetamu sudah beransur pulang, namun masih ada tetamu yang hadir walaupun hujan masih lebat.

“Kira-kira jam 6.30 petang ketika kami sedang berehat serta mengemas rumah tiba-tiba paras air sungai naik mendadak datang dari arah bukit berdekatan berhampira­n Lebuhraya PLUS.

“Pada mulanya kami sangka paras air hanya naik sehingga paras betis saja kerana kebiasaann­ya banjir kilat yang berlaku tidak melebihi tembok yang dibina di hadapan pintu rumah namun semalam sebaliknya apabila air terus masuk ke dalam rumah sehingga bilik pengantin turut terkena air lumpur,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurutnya, kejadian itu berlaku amat pantas sehingga beberapa peralatan di bawah khemah pelamin tidak sempat diselamatk­an termasuk kain pengalas meja kerusi serta beberapa barangan perhiasan terkena air lumpur

Sementara itu, Fatin Nurazlin berkata, dia tidak sangka hari perkahwina­n kelmarin menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

“Nasib baik baju pengantin diletakkan di tempat tinggi jika tidak habis terkena air lumpur namun segala kelengkapa­n yang berada di dalam bilik pengantin terutama yang ada di lantai habis terkena air lumpur,” katanya.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bandar Baharu, Datuk Nor Sabrina Mohd Noor berkata, pihaknya sejak dari malam semalam sudah menggerakk­an Skuad Bantuan Banjir yang ketuai Pejabat Daerah Bandar Baharu membabitka­n pelbagai agensi kerajaan seperti polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, serta lain-lain untuk membantu mangsa banjir. Katanya setakat ini, hanya satu pusat pemindahan sementara dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ulu membabitka­n 13 keluarga iaitu 59 orang.

“Dalam kejadian banjir kilat semalam (kelmarin) lebih 200 rumah dilanda banjir kilat di kawasan sekitar pekan Bandar Baharu,” katanya.

 ??  ?? FATIN menunjukka­n keadaan baju pengantin serta bilik pengantin yang dimasuki air.
FATIN menunjukka­n keadaan baju pengantin serta bilik pengantin yang dimasuki air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia