Harian Metro

Jasad berbatik sujud

-

 Warga emas hilang sejak Rabu lalu ditemui mati di ladang sawit

Warga emas yang hilang dari rumahnya sejak Rabu lalu ditemui meninggal dunia dalam keadaan seolah-olah ‘bersujud’ oleh seorang mandur ladang sawit FELCRA di Kampung Bukit Murai, Tok Kah, dekat sini, semalam.

Mandur terbabit Amir Hamzah Fauzi Afandi, 33, berkata hatinya sebak dan luluh melihat mayat Maimunah Musa, 98, dalam keadaan sebegitu ketika ditemui pada jam 8.45 pagi sebelum memaklumka­n kepada pihak polis.

Menurutnya, ladang itu sebelum ini ditanam sawit, tetapi kini dalam proses untuk ditanam semula dengan pokok getah.

“Saya mula meronda kawasan ladang dengan menunggang motosikal kira-kira jam 8 pagi dan dari jauh saya ternampak kain batik yang dipakai mangsa bergerak ditiup angin.

“Sebaik menghampir­inya saya terkejut apabila mendapati objek berkenaan adalah mayat seorang wanita tua berkain batik dalam keadaan bersujud. Hati saya sangat sedih melihat keadaan jenazahnya mungkin bersujud memohon kepada Ilahi supaya menemui jalan pulang ke rumahnya,” katanya ketika ditemui di lokasi penemuan mangsa, di sini.

Menurutnya, dia ada terbaca laporan media mengenai kehilangan warga emas itu beberapa hari lalu sekali gus tahu serba sedikit mengenainy­a.

“Saya sebenarnya agak pelik kerana ketika melakukan rondaan di kawasan itu sejak semalam (kelmarin) tidak terjumpa pula dengan mayat terbabit. Berpuluh buruh ladang juga melalui kawasan sama sebelum ini untuk meracun lalang juga tidak berjumpa dengan mangsa,” katanya.

Katanya, jarak dari kampung mangsa untuk sampai ke lokasi menggunaka­n jalan ladang sejauh kira-kira tiga kilometer, manakala jika dari belakang rumah warga emas berkenaan pula hampir dua kilometer.

Sementara itu, anak Allahyarha­m, Hasnah Jafar, 52, berkata dia bersyukur dan reda walaupun ibunya ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Bagaimanap­un, katanya, dia turut pelik dengan keadaan ibunya yang uzur serta menghidap penyakit lelah ditemui dalam jarak dua kilometer dari rumahnya.

“Saya sangat pelik kerana untuk sampai ke kawasan itu, ibu perlu mendaki dua bukit yang tinggi sedangkan keadaan dirinya sangat uzur dan tidak mungkin dapat melepasiny­a.

“Apapun saya tetap reda dan berterima kasih kepada semua pihak termasuk penduduk kampung yang berusaha mencari ibu sejak beberapa hari lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superinten­dan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahka­n mengenai penemuan mayat warga emas terbabit.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota polis bergegas ke tempat kejadian sebelum mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Sebelum ini Maimunah yang didakwa nyanyuk disedari hilang oleh Hasnah pada malam Rabu lalu selepas ditinggalk­an sendirian kerana menghadiri kenduri anak saudara di Pasir Putih, Kelantan, tetapi sempat meminta anaknya yang tinggal berhampira­n menjenguk warga emas itu.

Bagaimanap­ung, Hasnah mendapati ibunya tiada di rumah sebaik tiba di rumahnya kira-kira jam 10.30 malam sebelum mencari di kawasan sekitar tetapi gagal lalu bertindak membuat laporan polis pada keesokkan harinya.

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat mengangkat mayat Maimunah di ladang sawit di Kampung Bukit Murai, Tok Kah.
ANGGOTA penyelamat mengangkat mayat Maimunah di ladang sawit di Kampung Bukit Murai, Tok Kah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia