Harian Metro

Penunggang maut tembung treler

-

Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan treler di Jalan Baru Kulim/Baling-Gerik, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.50 pagi, mangsa, Muhammad Asyraf Mad Usop, 24, dari Taman Bemban Kupang, di sini, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebelum terbabit dalam kemalangan itu dengan sebuah treler berdekatan Kampung Tawar.

Ketua Polis Daerah Baling, Superinten­dan Shariffudd­in Yusof, berkata, siasatan awal mendapati treler itu dari arah Gerik menuju ke Kubang Seman manakala mangsa dari arah bertentang­an.

“Apabila tiba di tempat kejadian mangsa dipercayai memasuki laluan bertentang­an dan melanggar lori dari arah hadapan.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya.

Shariffudd­in berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Baling (HB) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987, kerana memandu dan menyebabka­n kematian,” katanya.

Katanya, pemandu treler Mohd Idris Mohamad Said,36, dari Kampung Penyengat Karangan, Kulim tidak cedera.

Bandar Baharu: Seorang remaja lelaki maut akibat tersepit dalam kereta Perodua Myvi dipandunya, manakala dua rakannya cedera selepas merempuh bas persiaran yang rosak di Kilometer 175, Lebuhraya PLUS arah selatan berhampira­n Bandar Baharu, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa M Sharvenraa­j, 17, maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan akibat tersepit, manakala rakannya berusia 18 tahun cedera di kepala sementara seorang lagi berusia 19 tahun patah kaki dan tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superinten­dan Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata, mangsa dalam perjalanan menghala ke arah selatan dipercayai untuk pulang ke rumah mereka

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia