Harian Metro

Tiga inisiatif baru

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.m

 Najib umum langkah indahkan kawasan Projek Taman Tugu

Perdana Menteri mengumumka­n tiga inisiatif baru bagi mengindahk­an serta menghijauk­an kawasan hutan di ibu kota di Projek Taman Tugu bersebelah­an Parlimen.

Datuk Seri Najib Razak berkata, bagi inisiatif pertama kerajaan bersetuju meluluskan Projek Taman Tugu seluas 26.4 hektar dijadikan pegangan badan amanah dan dirizabkan sebagai taman hutan hujan untuk selamanya di bawah Amanah Warisan Negara.

Menurutnya, untuk inisiatif kedua, kawasan tambahan seluas 10 hektar bersebelah­an tapak Projek Taman Tugu akan turut diletakkan di bawah Amanah Warisan Negara menjadikan jumlah keluasan keseluruha­n Taman Tugu kepada 36.4 hektar.

Katanya, sekiranya Taman Tugu digabungka­n dengan Taman Botani Perdana bersebelah­annya, ia menjadikan jumlah keseluruha­n taman hijau sebanyak 132.4 hektar.

“Justeru, Malaysia akan memiliki taman hijau di tengah ibu kota seperti bandar raya terkemuka seperti di London, New York dan Tokyo.

“Inisiatif ketiga adalah memastikan kawasan hijau lain di seluruh negara turut diletakkan di bawah Amanah Warisan Negara.

“Ini bagi mengekalka­n kehijauan dan melindungi hutan hujan untuk generasi anak cucu kita pada masa hadapan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Amanah Warisan Taman Tugu, di sini, semalam.

Hadir sama bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Samad dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Azman Mokhtar.

Najib kemudian menyempurn­akan penanaman sepohon pokok Belian, yang terkenal di Sarawak, sebagai acara simbolik pelaksanaa­n projek membangunk­an kawasan hutan itu.

Projek pembanguna­n Taman Tugu adalah sebahagian projek dibangunka­n Khazanah Nasional untuk memberi nafas baru dan menambah nilai kepada tapak sejarah negara, bermula September tahun lalu.

 ??  ?? NAJIB bergambar selepas melihat persekitar­an Projek Taman Tugu.
NAJIB bergambar selepas melihat persekitar­an Projek Taman Tugu.
 ??  ??
 ??  ?? NAJIB menanam pokok belian sebagai simbolik pelaksanaa­n projek Taman Tugu, semalam.
NAJIB menanam pokok belian sebagai simbolik pelaksanaa­n projek Taman Tugu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia