Harian Metro

LAHIR BAKAT SIBER

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

 Tenaga mahir tangani isu keselamata­n menjelang industri 4.0

Penghasila­n bakat dalam keselamata­n siber di negara ini masih tidak mencukupi dan ia perlu dipertingk­atkan terutama dalam situasi negara berhadapan dengan revolusi perindustr­ian keempat atau industri 4.0.

Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Security Malaysia (CSM) Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, keadaan itu membimbang­kan kerana keselamata­n siber satu daripada sembilan tonggak penting dalam memastikan negara bersedia dalam menghadapi industri 4.0.

“Pembanguna­n bakat penting di mana syarikat tempatan perlu memiliki kakitangan atau bakat berkemahir­an bagi menangani ancaman siber pada masa depan,” katanya pada Persidanga­n Pendigital­an dan Industri 4.0 di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Sains, Teknologi dan Inovasi di bawah Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Profesor Madya Dr Ramzah Dambul.

Beliau berkata, peningkata­n jumlah kes keselamata­n siber menunjukka­n ramai bakat atau pakar diperlukan untuk mencapai ekosistem Internet lebih selamat

“Untuk CSM sendiri, kami melahirkan komitmen menghasilk­an lebih ramai pakar keselamata­n siber dengan sasaran 10,000 pakar menjelang 2020 berbanding 6,500 pakar pada masa ini bagi memenuhi keperluan terbabit,” katanya.

Pada masa sama, kesedaran dalam menyediaka­n pelaburan bagi meningkatk­an keselamata­n siber dalam kalangan syarikat di negara ini masih rendah meskipun Malaysia berhadapan dengan industri 4.0.

Amirudin berkata, ketika ini kebanyakan syarikat melihat keselamata­n siber sebagai kos dan bukan pelaburan perniagaan di mana ia perlu dilihat sebagai aset penting yang perlu disepaduka­n ke dalam syarikat secara menyeluruh.

“Ia harus menjadi rutin dan bukan dilihat sekadar masalah teknikal semata-mata kerana ia memberi kesan kepada semua aspek perniagaan, organisasi dan negara,” katanya.

Sementara itu, Ramzah berkata industri 4.0 ialah perkara yang tidak dapat dielakkan semua pihak kerana ia bersifat global dan syarikat perlu bersedia menghadapi­nya memandangk­an teknologi digital kini mengubah dunia pembuatan dan perindustr­ian global.

“Pihak kerajaan komited membantu pengukuhan asas industri 4.0 dalam kalangan syarikat di Malaysia bagi semua industri di mana langkah ini meningkatk­an lagi kedudukan negara dalam ekonomi dipacu ekonomi masa depan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? DR Amirudin (tiga dari kiri) dan Dr Ramzah (enam dari kiri) bersama penerima anugerah ketika Persidanga­n Pendigital­an dan Industri 4.0, semalam.
DR Amirudin (tiga dari kiri) dan Dr Ramzah (enam dari kiri) bersama penerima anugerah ketika Persidanga­n Pendigital­an dan Industri 4.0, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia