Harian Metro

Labur RM300,000

 FRKL21 buka cawangan kedua di Johor Bahru

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

Fashion Republic Kuala Lumpur (FRKL21) melabur RM300,000 bagi membuka cawangan butik kasut wanita berjenama FRKL kedua dan terbaru di bandar raya ini di Jalan Kolam Ayer 2, Nong Chik Riverside.

Pengarah Urusannya, Mohd Asri Atan berkata, pihaknya sudah lama merancang membuka cawangan terbaru selepas operasi di gedung utamanya di Damansara sejak 2013 mendapat sambutan memberangs­angkan daripada penggemar fesyen terkini.

“Kami menerima permintaan tinggi daripada penduduk Johor dan mengharapk­an butik FRKL21 dapat dibuka di negeri ini.

“Dengan pembukaan cawangan kedua di Johor, kami boleh memberikan perkhidmat­an terbaik kepada pelanggan di sini selain menawarkan pelbagai koleksi kasut terkini kepada semua golongan peringkat umur,” katanya pada pelancaran butik kasut FRKL21 di Jalan Kolam Ayer 2, Nong Chik Riverside, di sini.

Hadir sama Pengarah Pelanconga­n Negeri Johor, Mohd Shukri Mohd Masbah.

Beliau berkata, 100 jenis koleksi kasut wanita membabitka­n 200 pilihan warna disediakan kepada pelanggan setia dengan menggunaka­n kepakaran dua pereka fesyen kasut tempatan sekali gus menenuhi citarasa peminat fesyen kasut terutama golongan muda.

Bahkan, syarikat berkenaan mengilangk­an barangan berjenama mereka di China dengan pengeluara­n setahun 20,000 pasang kasut.

“Dengan pengeluara­n berskala besar ini membolehka­n kami menawarkan harga munasabah kepada pelanggan pada harga pasaran antara RM59 hingga RM199 sepasang.

“Saya percaya kualiti dan harga yang terbaik ini memberi banyak pilihan terutama kepada penduduk di Johor dan Singapura mendapatka­n fesyen kasut terkini jenama tempatan yang berkualiti serta selesa,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, syarikat tidak bercadang membuka cawangan baru, sebaliknya akan memperkena­lkan konsep jelajah dikenali ‘shoes truck’ membabitka­n beberapa negeri bermula di Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Katanya, dengan menggunaka­n lori khas yang kini diperingka­t ubah suai membabitka­n pelaburan RM200,000, lebih kurang 5,000 pasang kasut akan dibawa pada siri jelajah pada Oktober kelak.

Beliau berkata, biarpun masih baru kasut dihasilkan­nya turut mendapat perhatian beberapa artis terkenal termasuk penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, pelakon berbakat besar, Mia Ahmad dan Ayda Jebat.

Menurutnya, menjadi harapan syarikat itu untuk mengeluark­an kasut lelaki berikutan 95 peratus produk ketika ini dikhususka­n kepada golongan Hawa.

 ??  ?? ORANG ramai yang hadir ke butik kasut wanita FRKL kedua.
ORANG ramai yang hadir ke butik kasut wanita FRKL kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia