Harian Metro

Pemulihan harga komoditi pengaruhi kenaikan ringgit

-

Kuala Lumpur: Ringgit dijangka meningkat dan mencecah paras 4.25 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini, sejajar dengan pemulihan harga komoditi dan ketegangan geopolitik membabitka­n Korea Utara yang semakin reda.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, gangguan bekalan di Texas, Colombia dan Libya, baru-baru ini, ternyata memacu harga minyak mentah ke paras lebih tinggi pada minggu lalu.

“Peningkata­n ini menyokong ringgit dan Malaysia sebagai pengekspor­t bersih produk minyak serta petroleum, amat bergantung kepada pergerakan komoditi ini,” katanya.

Selain itu, Nazri Khan turut menyifatka­n kebimbanga­n akibat tindakan Korea Utara melancarka­n peluru berpandu yang semakin reda, juga akan mempengaru­hi prestasi ringgit.

“Permintaan terhadap mata wang termasuk ringgit akan meningkat berikutan minat pelabur yang kembali pulih selepas kebimbanga­n terhadap tindak-tanduk Korea Utara ini reda,” katanya.

Nazri Khan turut mendedahka­n berlakunya aliran masuk dana asing dalam jumlah besar ke pasaran negara sedang pesat membangun termasuk Malaysia yang dilihat sejak minggu lalu selepas berakhirny­a simposium Jackson Hole di AS pada 26 Ogos lalu.

“Pelabur masih terus buntu mengenai hala tuju kadar faedah (ditetapkan) Rizab Persekutua­n AS selepas Pengerusin­ya, Janet Yellen tidak membincang­kan isu ini di acara tahunan berkenaan,” katanya.

Bagi minggu yang singkat ini, ringgit diniagakan lebih tinggi iaitu 4.2690/2720 berbanding dolar AS daripada 4.2710/2740 pada minggu lalu. Unit tempatan itu bagaimanap­un susut berbanding kebanyakan mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1482/1514 daripada 3.1397/1426, merosot berbanding pound Britain kepada 5.5168/5220 daripada 5.4801/4844, turun berbanding euro kepada 5.1010/1063 daripada 5.0411/0455 namun meningkat berbanding yen kepada 3.8837/8882 daripada 3.8980/8011.

Pasaran ditutup pada Khamis dan Jumaat bersempena cuti umum Hari Kebangsaan dan Aidiladha. - BERNAMA

 ??  ?? DR Nazri Khan
DR Nazri Khan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia