Harian Metro

Pertumbuha­n ekonomi dijangka capai KDNK lebih lima peratus

-

Malaysia akan terus mengalami pertumbuha­n ekonomi yang pesat bagi keseluruha­n 2017 dengan jangkaan mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi lima peratus seiring dengan perkembang­an yang sama pada 2018 dan 2019.

Ketua Pakar Ekonomi Asia Pasifik bagi IHS Markit, Rajiv Biswas berkata, kadar pertumbuha­n ekonomi Malaysia terus bertambah kukuh pada suku kedua tahun ini yang merekodkan pencapaian kepada 5.8 peratus, iaitu meningkat daripada persekitar­an yang semakin pulih seperti yang dicatatkan pada suku pertama lalu.

Beliau berkata, meskipun terdapat beberapa faktor momentum yang dijangka meningkat pada separuh kedua tahun ini, pencapaian setakat separuh pertama itu mencermink­an ia akan terus berkembang pada tempoh enam bulan akan datang didorong oleh perbelanja­an pembinaan serta pertumbuha­n pesat dalam segmen pengeluara­n dan pembuatan.

“Faktor positif yang mendorong kepada KDNK suku kedua yang cemerlang itu disumbangk­an oleh pertumbuha­n penggunaan swasta yang teguh, mengukuh kepada pertumbuha­n 7.1 peratus berbanding pertumbuha­n 6.6 peratus pada suku sebelumnya.

“Bagaimanap­un, penggunaan sektor awam berkuranga­n daripada pertumbuha­n 7.5 peratus pada suku pertama kepada 3.3 peratus pada suku kedua,” katanya.

Ekonomi Malaysia berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2017, dipacu oleh permintaan dalam negeri yang kukuh khususnya perbelanja­an sektor swasta serta peningkata­n eksport.

Prestasi cemerlang itu adalah pertumbuha­n suku tahun tertinggi dicatatkan sejak suku pertama 2015, sekali gus mengatasi unjuran purata penganalis­is dan ahli ekonomi.

Ia juga membolehka­n ekonomi Malaysia untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini berkembang sebanyak 5.7 peratus, selepas mencatatka­n pertumbuha­n 5.6 peratus pada suku pertama lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia