Harian Metro

ABM laksana langkah kukuh untuk kesan wang palsu

-

Anggota Persatuan Bank-bank dalam Malaysia (ABM) mempunyai dan melaksanak­an langkah kukuh untuk mengesan wang yang disyaki palsu.

ABM berkata, langkah itu termasuk mengesahka­n kesahihan wang sebelum diedarkan dan tindakan itu dilaksanak­an di peringkat mesin serta di kaunter cawangan bank.

“Setiap bank mempunyai prosedur dalaman khusus masing-masing berkaitan proses wang. Secara amnya, semua wang akan diimbas dan disahkan sebelum dimasukkan ke dalam Mesin Juruwang Automatik dan Mesin Kitar Semula Tunai (CRM).

“Sebagai tambahan, wang yang didepositk­an di CRM dan Mesin Deposit Tunai (CDM) oleh pelanggan bank adalah diimbas oleh mesin berkenaan. Sebarang wang palsu yang didepositk­an akan dikesan dan ditolak serta-merta,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Persatuan itu mengulas laporan media baru-baru ini mengenai wang palsu yang didakwa dikeluarka­n dari ATM dan di kaunter bank tanpa disedari.

ABM berkata, bank digesa mematuhi garis panduan dikeluarka­n oleh pihak pengawalse­liaan berkaitan pengendali­an wang yang disyaki palsu.

Mengikut garis panduan itu, kesemua wang yang disyaki palsu perlu dikekalkan, dilaporkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan.

“Kami mahu mengingatk­an orang ramai bahawa wang palsu adalah tidak sah di sisi undang-undang, tidak ada nilai yang diberikan kepada wang palsu,” katanya.

Orang ramai yang memiliki wang yang disyaki palsu dinasihatk­an membuat laporan polis dan menyerahka­nnya. Wang disyaki palsu yang kemudian disahkan tulen selepas siasatan akan dipulangka­n kepada pelanggan bank berkenaan. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia