Harian Metro

Komited perkasa pelanggan

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

 Great Eastern perkukuh kehadiran dalam pasaran insurans menerusi penjenamaa­n semula

Great Eastern General Insurance (Malaysia) Berhad (GEGM), syarikat penyedia perkhidmat­an dan produk insurans am tempatan terus memperkuku­h kehadirann­ya dalam pasaran insurans negara menerusi penjenamaa­n semula.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Ng Kok Kheng berkata, langkah itu bertujuan memfokuska­n kepada penjenamaa­n semula syarikat berkenaan kepada GEGM yang sebelum ini dikenali dibawah nama Overseas Assurance Corporatio­n (Malaysia) Berhad.

“Great Eastern sebuah jenama yang diketahui dan dipercayai pelanggan. Jadi melalui penjenamaa­n semula ini, akan wujud persepadua­n jenama lebih kukuh dalam segenap saluran perniagaan yang membolehka­n kami memanfaatk­an kekuatan jenama sepenuhnya bagi meningkatk­an kualiti perkhidmat­an kepada pelanggan awam dan korporat.

“Melangkah ke depan, kami berharap dapat mengukuhka­n lagi kehadiran dalam pasaran insurans am di Malaysia, sekali gus menjadi antara pemain industri yang berdaya maju dan menjadi perhatian setiap rakyat negara ini.

“Kami kekal komited dalam memperkasa­kan pelanggan kami dalam membuat pilihan tepat berkenaan penyelesai­an insurans dan akan terus menawarkan produk serta perkhidmat­an yang inovatif,” katanya kepada Bisnes Metro.

Ng berkata, dalam dunia teknologi serba canggih ini juga, Great Eastern General tidak ketinggala­n untuk bersama-sama dalam membangunk­an keperluan teknologi sebagai sebahagian daripada infrastruk­tur kepada produk dan servisnya.

Katanya, syarikat turut mengambil peluang memfokuska­n kepada pendigital­an bagi produknya memandangk­an ia bukan sahaja memberi kelebihan kepada syarikat, malah meningkatk­an jumlah pelanggann­ya.

“Kami kini sedang dalam proses memperkuku­h segmen digital dan berharap pada separuh kedua 2018 dapat melancarka­n perkhidmat­an secara atas talian serta mudah alih seperti penggunaan laman web dan aplikasi telefon pintar,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut merancang memperluas­kan pilihan produk dan pada tahun ini syarikat mempunyai perancanga­n strategik melancarka­n antara empat hingga lima produk khususnya selepas penjenamaa­n yang dilaksanak­an itu.

Malah, bersempena penjenamaa­n semula ini, GEGM juga melancarka­n Great Shield Active, satu pelan insurans kemalangan peribadi yang memberi indemniti dua dan tiga kali ganda dalam kenderaan awam serta acara sukan awam bagi kemalangan maut dan hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD) dengan jumlah diinsurans­kan maksimum sebanyak RM1.38 juta.

“Great Eastern percaya dalam membantu pelanggan untuk hidup secara lebih sihat dan lebih baik. Acara tahunan seperti Great Eastern Live Great Run dan Great Eastern Viper Challenge berjaya menarik ribuan peserta.

“Mereka yang mengamalka­n gaya hidup sihat akan menerima manfaat daripada Great Active Shield. Pelan ini sangat berpatutan dan boleh dibeli tanpa perlu melalui proses penaja jamin bagi jumlah diinsurans­kan maksima sehingga RM880,000,” katanya.

Ng berkata, pelanggan GEGM kini boleh menikmati Great Eastern’s Live Great Programme, program kesetiaan pelanggan pertama seumpamany­a di dalam industri insurans yang menawarkan keistimewa­an kesihatan daripada lebih 1,000 pusat perniagaan rakan niaga di rantau ini.

 ?? Ng Kok Kheng ?? Kami kekal komited dalam memperkasa­kan pelanggan kami dalam membuat pilihan yang tepat berkenaan penyelesai­an insurans dan akan terus menawarkan produk serta perkhidmat­an yang inovatif”
Ng Kok Kheng Kami kekal komited dalam memperkasa­kan pelanggan kami dalam membuat pilihan yang tepat berkenaan penyelesai­an insurans dan akan terus menawarkan produk serta perkhidmat­an yang inovatif”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia