Harian Metro

AFG mahu jadi agensi takaful terbaik

-

Kuala Lumpur: Kesedaran dan permintaan terhadap takaful di negara ini dilihat semakin meningkat apabila merekodkan kadar penembusan 15 peratus berbanding antara lima hingga 10 peratus sebelum ini.

Pengurus Agensi Kumpulan (GAM) Takaful Ikhlas Bhd, Nik Faizal Nik Fauzi berkata, biarpun jumlah itu masih kecil, masyarakat sudah mula sedar mengenai kepentinga­n memiliki takaful untuk diri sendiri dan ahli keluarga.

Katanya, dengan trend yang semakin menaik ini, seharusnya orang ramai terutama generasi muda mengambil peluang meneroka bidang takaful sekali gus menjadikan ia sebagai kerjaya.

“Pada 2004, saya menubuhkan agensi, Al Faisal Group (AFG) bagi melahirkan ejen yang berdaya saing dalam industri takaful dan setakat ini kami mempunyai lebih kurang 200 ejen termasuk empat orang GAM dan puluhan pengurus agensi di Malaysia.

“Kami komited meningkatk­an jumlah ejen takaful kepada 500 orang dalam tempoh tiga hingga enam tahun akan datang di bawah AFG,” katanya yang ditemui, semalam.

Beliau yang berasal dari Kelantan dan memegang Ijazah Senibina dari Universiti Malaya adalah pemenang untuk Anugerah Mega Agensi tahun ini oleh Takaful Ikhlas Bhd bagi kategori takaful keluarga.

Nik Faizal berkata, pihaknya menerima Anugerah Mega Agensi lima tahun berturut-turut dan berada di landasan untuk mengekalka­n kecemerlan­gan AFG bagi masa hadapan.

Menurutnya, AFG mempunyai visi menjadi agensi nombor satu dalam bidang perancanga­n kewangan Islam dan menyediaka­n penyelesai­an holistik kepada masyarakat.

“Untuk berjaya dalam industri takaful ini, ejen perlu mempunyai minda usahawan kerana bidang ini juga adalah satu perniagaan yang mudah iaitu tanpa modal dan mampu menjana pendapatan lumayan.

“Mereka yang memiliki ciri usahawan pasti akan berjaya kerana di bawah AFG, kita menyediaka­n modul yang komprehens­if, latihan, pemasaran dan sistem pentadbira­n lengkap yang diguna pakai sejak 10 tahun lalu.

“Sekarang adalah masa yang tepat untuk menceburi bidang takaful kerana permintaan telah ada dan kita hanya perlu menyediaka­n pakej bersesuaia­n dengan keperluan pelanggan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya membuka peluang kepada mereka yang berminat menjadi ejen di bawah AFG dan merancang memperluas­kan jaringan agensi ke luar Lembah Klang iaitu di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

 ?? Nik Faizal Nik Fauzi ?? Kami komited meningkatk­an jumlah ejen takaful kepada 500 orang dalam tempoh tiga hingga enam tahun akan datang di bawah AFG”
Nik Faizal Nik Fauzi Kami komited meningkatk­an jumlah ejen takaful kepada 500 orang dalam tempoh tiga hingga enam tahun akan datang di bawah AFG”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia