Harian Metro

Bincang salur bantuan untuk Rohingya

-

Jakarta: Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi bertemu pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi semalam bagi membincang­kan penghantar­an bantuan kepada etnik Rohingya.

Pertemuan itu diadakan ketika desakan semakin kuat di Indonesia yang mahu kerajaan membuat pendirian tegas terhadap isu Rohingya yang ditindas di Myanmar.

Berpuluh-puluh aktivis berhimpun di luar kedutaan Myanmar di Jakarta semalam mendesak hubungan diplomatik dengan negara itu diputuskan susulan kekejaman terhadap penduduk Rohingya.

Agensi bantuan menganggar­kan kira-kira 90,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak keganasan tercetus di utara negeri Rakhine pada minggu lalu.

“Kami akan berbincang mengenai cadangan bagaimana Indonesia boleh menyalurka­n bantuan kemanusiaa­n kepada Rohingya di Rakhine,” kata Retno dalam satu kenyataan menerusi video dari Yangon.

Dia juga dijadual ke Bangladesh bagi menggesa pihak berkuasa negara itu melindungi pelarian Rohingya yang mencari perlindung­an di sana.

Sementara itu, pemerhati undang-undang antarabang­sa di Universiti Islam Indonesia, Jawahir Thontowi menggesa pihak berkuasa menghalang warga Indonesia yang mahu ke Myanmar untuk membantu kumpulan penentang Rohingya.

Katanya, kehadiran pejuang asing termasuk Indonesia di Myanmar membahayak­an lagi etnik Rohingya seperti yang berlaku di Syria. - Reuters

 ??  ?? AKTIVIS menangis semasa bacaan doa ketika bantahan kekejaman terhadap Rohingya di hadapan kedutaan Myanmar di Jakarta, semalam. - EPA
AKTIVIS menangis semasa bacaan doa ketika bantahan kekejaman terhadap Rohingya di hadapan kedutaan Myanmar di Jakarta, semalam. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia