Harian Metro

Bekas hakim rasuah dipenjara lapan tahun

-

Bekas Hakim Mahkamah Perlembaga­an Indonesia dihukum penjara lapan tahun kerana mengambil rasuah untuk mempengaru­hi keputusan semakan undang-undang penternaka­n haiwan.

Ketua panel hakim Mahkamah Rasuah, Nawawi Pamolango berkata, Patrialis Akbar

(gambar) didapati bersalah menerima rasuah daripada seorang pengimport daging bagi mempengaru­hi semakan undang-undang penternaka­n dan kesihatan haiwan ternakan 2014.

Dia dilaporkan menerima Rp300 juta (RM96,053) rasuah daripada seorang ahli perniagaan, Basuki Hariman dan setiausaha lelaki itu, Ng Fenny, melalui pembantuny­a, Kamaludin.

Pada minggu lalu, Basuki dan Fenny masing-masing dihukum penjara tujuh dan lima tahun atas kesalahan yang sama.

Mahkamah semalam turut menjatuhka­n hukuman penjara tujuh tahun terhadap Kamaludin kerana menjadi orang tengah.

Pendakwa raya sebelum ini menggesa mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara 12 tahun setengah dan denda Rp500 juta (RM160,082) kepada Patrialis.

Patrialis juga diarah memulangka­n wang yang diperoleh daripada jenayah berkenaan.

Dia adalah hakim Mahkamah Perlembaga­an kedua sejak 2014 yang dihukum penjara kerana rasuah.

Pada 2014, bekas ketua hakim, Akil Mochtar dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah menerima rasuah berjumlah Rp57 bilion (RM18.25 juta) daripada beberapa ketua daerah.

Rasuah itu bertujuan mempengaru­hi keputusan Mahkamah Perlembaga­an terhadap pertikaian pilihan raya yang dikendalik­an Akil. - Agensi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia