Harian Metro

Usir dari pulau

- Agensi

 2,000 etnik Rohingya bersembuny­i di St Martin dihantar pulang diiring pengawal sempadan Bangladesh

Pihak berkuasa Bangladesh mengusir lebih 2,000 etnik Rohingya dari sebuah pulau terpencil tempat mereka berlindung selepas melarikan diri daripada keganasan di Myanmar, kata pegawai semalam.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 87,000 pelarian, kebanyakan­nya Rohingya, melintas sempadan Bangladesh sejak pertempura­n terbaru tercetus 10 hari lalu di Rakhine.

Kebanyakan­nya melalui sempadan darat atau sungai Naf, tetapi ada yang cukup terdesak meredah lautan terbuka untuk sampai ke pulau St Martin yang terletak sembilan kilometer dari pesisiran pantai Bangladesh.

Seramai 9,000 penduduk pulau berkenaan - yang memiliki bahasa dan budaya sama dengan Rohingya menyembuny­ikan kira-kira 2,000 etnik golongan itu yang tiba beberapa hari lalu, tetapi diarah menyerahka­n mereka kepada pihak berkuasa.

Ketua majlis tempatan, Noor Ahmad berkata, pembesar suara di masjid digunakan untuk membuat pengumuman berkenaan.

Rakannya, Farid Ahmed berkata: “Seramai 2,011 etnik Rohingya termasuk kanak-kanak dihimpunka­n di ibu pejabat pengawal pantai lewat Ahad lalu sebelum dibawa pergi. “Kanak-kanak itu semua menangis, tetapi ini arahan kerajaan. Apa lagi pilihan kami? “Mereka menangis kerana tidak tahu nasib mereka. Mereka memberitah­u diburu di sana, kediaman semuanya dibakar.”

Sumber berkata, mereka diiringi bot pengawal sempadan, manakala ratusan lagi turut diusir sebelum sempat sampai ke pulau itu.

Sementara itu, dua letupan dilaporkan di kawasan Myanmar bersempada­n dengan Bangladesh, semalam.

Pengawal sempadan Bangladesh berkata, seorang wanita putus kaki akibat letupan yang berlaku 50 meter di sempadan Myanmar sebelum dibawa ke sebelah Bangladseh untuk rawatan.

Wartawan melaporkan letupan dan asap tebal kelihatan di perkampung­an Myanmar berhampira­n.

 ??  ?? PELARIAN Rohingya menunggu tindakan selanjutny­a oleh pengawal sempadan selepas melintas sempadan di Teknaf, Bangladesh. - Reuters
PELARIAN Rohingya menunggu tindakan selanjutny­a oleh pengawal sempadan selepas melintas sempadan di Teknaf, Bangladesh. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia