Harian Metro

Jepun, China tak kesan sebarang radiasi atmosfera

-

Jepun dan China semalam tidak mengesan radiasi atmosfera akibat ujian nuklear Korea Utara dalam pada muncul kebimbanga­n kebocoran berlaku ketika letupan Ahad lalu itu.

Jurucakap kerajaan

Jepun, Yoshihide Suga berkata: “Tiada tanda khas dikesan dari pos pemantauan di seluruh negara, begitu juga sampel udara diambil Pasukan Pertahanan Udara.”

Kementeria­n Alam Sekitar China turut berkata, tahap radiasi di sempadan Korea normal.

“Ujian nuklear Korea Utara tidak menunjukka­n kesan terhadap alam sekitar atau orang awam di negara ini,” katanya.

Kebimbanga­n berlaku kebocoran akibat letupan didakwa bom hidrogen berkenaan tercetus selepas China mengesan gegaran kedua menyusul gempa pertama yang berlaku selepas ujian keenam nuklear Pyongyang tahun ini.

Gegaran kedua dengan magnitud 4.6 terbabit dibimbangi disebabkan ‘runtuhan bawah tanah’ akibat letupan bom berkenaan.

Sementara itu, semalam Seoul berkata, ia mengesan Pyongyang mempersiap­kan pelancaran peluru berpandu lain, berkemungk­inan peluru berpandu balistik antara benua.

Bagaimanap­un, ia tidak memberikan butiran atau menyatakan bila pelancaran itu mungkin dibuat.

Pyongyang Ahad lalu mencetuska­n kebimbanga­n dunia dengan ujian dikatakan setakat ini paling kuat, selepas mendakwa berjaya menguji bom hidrogen yang boleh dipasang pada peluru berpandu jarak jauh, dipercayai kemajuan terbesar dalam program nuklearnya.

Kekuatan letupan ujian nuklear itu dianggarka­n 50 kiloton, lima kali ganda saiz ujian sebelumnya pada September tahun lalu dan lebih tiga kali ganda besar daripada peranti digunakan Amerika Syarikat untuk memusnahka­n Hiroshima pada 1945. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia