Harian Metro

Jerman-Turki makin dingin

-

Ankara: Jurucakap Presiden Recep Tayyip Erdogan semalam menuduh ahli politik Jerman tunduk kepada populisme selepas Canselor Angela Merkel membayangk­an mahu menamatkan perbincang­an berhubung penyertaan Turki dalam Kesatuan Eropah (EU).

Hubungan dua negara itu semakin dingin sejak cubaan rampasan kuasa di Turki, dengan kecaman Berlin terhadap Erdogan susulan tindakan tegas diambil yang melihat lebih 50,000 orang ditahan.

Ibrahim Kalin berkata di Twitter: “Menyerang Turki-Erdogan dan tidak mengendahk­an masalah asas serta mendesak Jerman serta Eropah menunjukka­n kekurangan visi.”

Dia mendakwa ia tanda-tanda Jerman tunduk kepada populisme dan kebencian yang ‘cuma akan menyemarak­kan diskrimina­si serta perkauman.’

Ahad lalu, Angela dalam debat langsung di televisyen dengan pencabarny­a Martin Schulz menjelang pilihan raya 24 September ini menyatakan Turki ‘jelas tidak patut menjadi ahli EU.’

“Saya tidak melihat penyertaan Turki berlaku, malah tidak pernah menjangkak­an kemungkina­nnya sekalipun,” katanya dalam siaran itu.

Hubungan dua hala bertambah buruk selepas Turki menahan rakyat Jerman termasuk wartawan Turki-Jerman, Deniz Yucel, wakil akhbar Die Welt di Istanbul.

Yucel kini ditahan lebih 200 hari dan bakal berdepan tuduhan keganasan. Minggu lalu, dua lagi warga Jerman ditahan menjadikan jumlah rakyatnya ditahan di Turki seramai 12 orang. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia