Harian Metro

AZIZUL SUNTIK SEMANGAT

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 Pengalaman Shariz beraksi di samping The Pocketrock­etman pada Sukan SEA lalu jadi motivasi untuk melangkah lebih jauh

Pelumba trek negara Shariz Efendi Shahrin menyifatka­n peluang beraksi dengan juara dunia Azizulhasn­i Awang pada Sukan SEA lalu menjadi suntikan semangat untuknya melangkah lebih jauh.

Pelumba muda berusia 20 tahun itu diberikan peluang oleh ketua jurulatih negara John Beasley menyertai acara keirin bersama The Pocketrock­etman di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai.

Dia melaksanak­an tugas dengan baik apabila muncul antara enam pelumba mara ke final dan berjaya meraih perak di belakang Azizul yang mengesahka­n status sebagai juara dunia apabila meraih emas pada temasya dwitahunan itu.

“Ia satu pengalaman yang amat berharga buat saya apabila diberikan peluang beraksi dalam acara itu. Ia kali pertama saya bersaing dengannya dalam acara keirin.

“Walaupun menanam tekad untuk menang saya akur tewas kepadanya dan masih banyak perlu dipelajari. Ia menjadi motivasi dan dorongan kepada saya untuk menewaskan­nya satu hari nanti,” jelasnya.

Selain pingat perak, Shariz turut menamatkan Sukan SEA sulungnya dengan emas menerusi acara pecut berpasukan bersama Fadhil Zonis dan Khairil Nizam Rasol.

Terdahulu ketiga-tiga atlet bersama Shah Firdaus Sahrom, Farina Shawati Adnan dan Anis Amira Rosdi yang bernaung di bawah penajaan Yayasan Sime Darby (YSD) mengadakan pertemuan dengan pengerusin­ya Tun Musa Hitam.

YSD memperuntu­kkan RM2.6 juta dari Februari 2017 hingga Disember 2020 bagi enam atlet itu untuk menbolehka­n mereka layak ke Olimpik Tokyo 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia