Harian Metro

Azam cipta

- Mohd Khairie Khalid khairie@bh.com.my

 Latif mahu bangkit tebus kecewa dengan muncul juara di Sukan Para ASEAN

Jaguh paralimpik Abdul Latif Romly mahu menebus episod duka acara lompat jauh pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) lalu dengan kejayaan di Sukan Para ASEAN, bulan ini.

Mana tidaknya atlet dari Perlis itu gagal menyerlah di KL2017 gara-gara mengalami cirit-birit sehari sebelum bertanding, sekali gus merencatka­n rentaknya sewaktu pertanding­an.

Justeru Latif ingin menebus kekecewaan itu - menamatkan saingan Sukan SEA di tangga ketujuh - dengan memenangi pingat emas lompat jauh T20 di Para ASEAN sekali gus meraih kemenangan hatrik.

“Saya harap tidak ada masalah kesihatan dan kecederaan menimpa saya kali ini. Saya tidak mahu seperti Sukan SEA apabila kena cirit-birit menyebabka­n saya lesu ketika bertanding.

“Jadi di Sukan Para ASEAN saya mahu mempertaha­nkan pingat emas di Singapura dan meraih gelaran hatrik kerana saya juga memenangi emas di Myanmar.

“Saya yakin dapat menjadi juara di laman sendiri hasil usaha dan latihan selama ini,” kata atlet berusia 20 tahun itu yang akan tampil selaku juara bertahan.

Sebagai rekod, Latif juga pemenang emas bagi acara lompat jauh T20 lelaki pada Sukan Paralimpik Rio dengan rekod dunia 7.60m, 12 bulan lalu.

Dia juga memenangi pingat emas Kejohanan Olahraga Para di London Julai lalu dengan lompatan sejauh 7.37m.

Sukan Para ASEAN dari 17 hingga 23 September ini membabitka­n penyertaan 11 negara.

Ketika di Singapura 2015, Malaysia menamatkan saingan di kedudukan ketiga dengan 52 pingat emas, 58 perak dan 37 gangsa. Thailand bergelar juara keseluruha­n dengan 95 emas, 76 perak dan 79 gangsa.

 ??  ?? LATIF duduki tempat ketujuh pada Sukan SEA 2017.
LATIF duduki tempat ketujuh pada Sukan SEA 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia