Harian Metro

Empat acara jadi lubuk emas

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Empat jenis sukan dikenalpas­ti mampu menjadi ‘lubuk emas’ buat kontinjen negara dalam misi merealisas­ikan sasaran meraih 103 pingat emas sekali gus muncul juara keseluruha­n Sukan Para ASEAN 2017 (Para KL2017).

Jelas Chef de Mission negara Datuk Subramania­m Raman empat jenis sukan itu adalah olahraga, renang, bowling dan berbasikal dan beliau yakin empat sukan itu mampu menyumbang 75 peratus pingat daripada sasaran 103 pingat yang diletakkan buat kontinjen negara pada temasya itu.

“Kekuatan kita adalah dalam empat jenis sukan ini terutamany­a selepas mengambil kira faktor empat sukan ini mempertand­ingkan

(gambar),

lebih 80 acara, jadi peluang untuk kita meraih pingat emas sememangny­a tinggi.

“Malah saya tidak ragu-ragu kita mampu menggandak­an jumlah kutipan pingat emas berbanding temasya dua tahun lalu memandangk­an kita menyertai lebih banyak acara berbanding di Singapura.

“Jika kita berjaya menepati sasaran 103 emas, sudah tentu kita boleh dinobat selaku juara keseluruha­n memandangk­an kutipan pingat itu menghampir­i satu pertiga daripada jumlah keseluruha­n 368 pingat emas yang dipertandi­ngkan,” katanya ketika sidang media di Pusat Kecemerlan­gan Paralimpik, semalam.

Malaysia muncul selaku kontinjen terbesar selepas membariska­n 331 atlet dan 169 pegawai yang menyaksika­n 1,452 atlet dari 11 negara mengesahka­n penyertaan untuk bertanding dalam 16 sukan membabitka­n 368 acara pada temasya sukan yang kini memasuki edisi kesembilan itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia