Harian Metro

Radiah tak kisah lutut cedera

- Naqib Nor Said naqib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pemenang pingat gangsa Paralimpik Rio 2016, Siti Noor Radiah Ismail sedia mengambil risiko membawa cabaran negara pada temasya Sukan Para ASEAN 2017 (KL2017) walaupun dihantui masalah kecederaan lutut.

Jelas bintang lompat jauh para negara itu, sebagai atlet dia tidak dapat lari daripada kecederaan dan perlu berani mengambil risiko tatkala ia menjadi peluang terbaik untuknya menamatkan kemarau pingat emas selepas gagal pada edisi 2015 di Singapura dan 2013 di Nay Pyi Taw.

“Ini bukan kali pertama saya beraksi dalam keadaan cedera ketika di temasya Paralimpik Rio 2016 pun sama apabila saya beraksi dalam keadaan pinggang dan

(gambar)

tulang belakang yang belum pulih sepenuhnya.

“Saya sudah bersedia dan bagi saya masalah kecederaan lutut bukan penghalang untuk memberikan yang terbaik.

“Sekiranya tidak mengambil risiko ia sesuatu yang rugi sebab mana-mana atlet tidak boleh mengelak daripada mengalami kecederaan dan untuk saya... saya sedia mengambil risiko yang penting saya mahukan pingat emas,” katanya semalam.

Menurut Radiah, 24, kecederaan lutut itu mula menimpanya sewaktu beraksi di Kejohanan Olahraga Para Dunia di London, Mei lalu yang menyaksika­n dia pulang dengan tangan kosong.

Di London, Radiah yang beraksi dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajar­an) hanya mampu mencatat lompatan sejauh 4.96 meter untuk lompatan terbaik musim ini.

Sejak itu, kecederaan berkenaan terus membelengg­unya dan buat masa ini dia tetap meneruskan latihan seperti biasa sambil menjalani rawatan pemulihan bersama Institut Sukan Negara

(ISN).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia