Harian Metro

KLIA Blue amuk kubu lawan

-

 Muncul juara edisi pertama Kejohanan Cabaran 3 lawan 3 2017

KLIA Blue muncul juara edisi pertama Kejohanan Cabaran 3 lawan 3 (3on3 Challenge) 2017 yang di Sekolah Kebangsaan yang berlangsun­g (SK) Kompleks KLIA, Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Kejohanan yang julung kali diadakan untuk kategori terbuka itu ditaja oleh Hockey-lah dan Raqtive dengan kerjasama KLIA HC.

Selaku juara, KLIA Blue menerima hadiah wang tunai RM300, beg sandang Panthera bernilai RM100 setiap seorang, baucar tunai bernilai RM1,800 dan aksesori barangan Osaka bernilai RM100 setiap satu.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsun­g sengit dan mendebarka­n antara KLIA Blue dan Wakatanka, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan hingga akhirnya KLIA Blue menang besar 6-3.

Gol KLIA Blue dijaringka­n oleh Amirul Hamizan dan Shello Selvarius sementara gol pasukan Wakatanka pula dijaringka­n oleh Faiq Nazwan Azhar dan Hafizie Zamzam.

Tempat ketiga pula dirangkul oleh pasukan KLIA Red yang berjaya menewaskan pasukan Kaybeez 5-3.

Selain daripada itu terdapat hadiah anugerah khas seperti pemain terbaik yang dimenangi oleh Nurul Wahida Rozi (KLIA Red) dan Faiq Nazwan (Wakatanka), penjaring terbanyak pula digondol oleh Hairryna Aleeza Muhd Hafid Nawar (KLIA Red) dan Abdul Rahim Jalil (Kaybeez) serta anugerah pemain harapan buat Muhammad Aiman Mukhriz Abd Halim (KLIA Strikers).

Hadiah kepada pemenang disempurna­kan oleh Pengasas dan Pengarah Kreatif Hockey-lah, Siti Fatimah Sariman dan Mohd Iqbal Ilias.

 ??  ?? KLIA Blue bergambar kenangan selepas tamat kejohanan.
KLIA Blue bergambar kenangan selepas tamat kejohanan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia