Harian Metro

Vettel akur tewas

-

Itali: Sebastian Vettel enggan dibebani rasa kecewa selepas menyerahka­n kedudukan pendahulu Formula Satu kepada Lewis Hamilton pada hari yang didominasi Mercedes dan sukar buat Ferrari.

Berdepan sorakan penyokong tuan rumah Itali ketika dia berada di podium, biarpun berada di tangga ketiga dan setengah minit di belakang Hamilton, Vettel berkata dia masih bertenaga untuk menghadapi saingan selepas ini.

“Sudah pasti, mereka memberi detik yang sukar buat kami terutamany­a ketika ini, tapi kita lihat saja nanti,” kata pemandu Jerman itu. “Perjalanan­nya masih jauh.

“Adrenalin saya masih penuh di podium ini, suasananya begitu menakjubka­n. Anda boleh tanya apa yang anda mahukan sekarang, saya tidak kisah. Anda akan sentiasa mendapat jawapan positif.”

Ferrari melangkah ke laman sendiri menyedari keadaan akan memihak kepada Mercedes tetapi masih bermotivas­i hasil aksi membanggak­an di Belgium pada minggu sebelumnya apabila Vettel mengekori Hamilton sepanjang perlumbaan.

Ada beberapa perlumbaan yang didominasi pasukan Itali itu musim ini dan mereka mungkin mampu melakukann­ya lagi di Singapura dalam tempoh dua minggu lagi tetapi apa yang berlaku di Monza memang menyedarka­n mereka.

“Saya rasa keadaan kami begitu teruk,” kata pengerusi Ferrari Sergio Marchionne. “Ada kesilapan dalam pelarasan kereta. Saya fikir kami memandang rendah litar ini.”

Vettel kini tiga mata di belakang Hamilton dengan baki tujuh perlumbaan dan Ferrari ketinggala­n 62 mata berbanding Mercedes. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia