Harian Metro

Perlu lebih agresif

- AFP

 Serangan Argentina diperkasa dalam misi benam Venezuela

Lionel Messi dan Argentina bertekad memberi tekanan terhadap Chile dengan kemenangan ke atas Venezuela awal pagi esok ketika perebutan tiket kelayakan Piala Dunia 2018 zon Amerika Selatan semakin sengit.

Kegagalan kempen kali ini menyaksika­n Argentina berada di kedudukan kelima dengan baki tiga perlawanan, di luar kelompok empat pasukan teratas yang memastikan kelayakan automatik ke pusingan akhir tahun depan di Russia.

Bagaimanap­un, beberapa keputusan luar jangkaan masih diperlukan bagi memastikan Piala Dunia tanpa Argentina dan Messi menjadi kenyataan.

Biarpun skuad bimbingan Jorge Sampaoli gagal layak secara automatik dan berada di tangga kelima, mereka masih menjadi pasukan pilihan untuk layak dengan dua perlawanan play-off menentang pasukan dari Oceania, hampir pasti menentang New Zealand.

Begitupun suasana suram yang menyelubun­gi skuad Argentina sepanjang kelayakan ini bermakna mereka tidak akan memandang mudah menjelang aksi awal pagi esok di Estadio Monumental, Buenos Aires.

Keputusan seri 0-0 dengan Uruguay di Montevideo minggu lalu menyebabka­n Argentina berkongsi 23 mata dengan Chile di tangga keempat yang mendahului menerusi perbezaan gol.

Sampaoli dijangka menurunkan skuad sama seperti menentang Uruguay dengan Messi menerajui tiga penyerang yang turut dibarisi Paulo Dybala dan Mauro Icardi.

Javier Mascherano mungkin diturunkan menggantik­an Gabriel Mercado yang digantung perlawanan, sementara Ever Banega bakal menggantik­an Guido Pizarro.

Argentina dikecewaka­n skuad Uruguay yang menampilka­n aksi bertahan dan mantap di bahagian tengah. Berdepan Venezuela yang mungkin menggunaka­n taktik sama, Sampaoli menggesa anak buahnya supaya lebih agresif.

“Kami perlu lebih agresif di bahagian serangan dan menurunkan lebih ramai pemain di posisi itu,” katanya susulan keputusan seri tanpa jaringan dengan Uruguay.

“Kami perlu memastikan pasukan ini menang. Kami mesti menang supaya Argentina boleh menyertai Piala Dunia di Russia.”

 ??  ?? MESSI (kiri) ketuai jentera serangan Argentina.
MESSI (kiri) ketuai jentera serangan Argentina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia