Harian Metro

LUKAKU ‘KUNCI’ SLOT PIALA DUNIA

- AFP Paris

Jaringan Romelu Lukaku membantu Belgium muncul negara pertama Eropah layak ke Piala Dunia 2018 awal pagi semalam apabila Perancis terikat tanpa jaringan dengan Luxembourg.

Penyerang Manchester United Lukaku menanduk masuk hantaran Thomas Meunier pada minit ke-74 di Piraeus untuk gol kemenangan Belgium mengatasi Greece 2-1 yang memastikan mereka di tangga teratas Kumpulan H zon Eropah.

Semua gol hadir dalam tempoh lima minit dengan rembatan leret Jan Vertonghen meletakkan skuad Roberto Martinez di depan pada minit ke-70.

Pemain tengah Greece kelahiran Portugal, Zeca menyamakan kedudukan namun Lukaku memastikan kemenangan mereka menerusi gol ke-10 peribadi dalam tujuh aksi kelayakan, seminit kemudian.

Berbaki dua perlawanan, Belgium kini mendahului lapan mata ke atas Bosnia Herzegovin­a di tangga kedua, sebaik dua gol Edin Dzeko menyumbang kemenangan 4-0 ke atas Gibraltar.

Belgium menyertai Brazil, Iran, Jepun, Mexico dan tuan rumah Russia dalam mengesahka­n tiket ke pusingan akhir tahun depan.

Dalam pertarunga­n untuk tempat kedua dan tiket ke play-off November ini, Bosnia kini satu mata mengatasi Greece dan empat di depan Cyprus yang tewas 0-1 di Estonia.

Tiga hari selepas menewaskan Belanda 4-0 yang mana mereka mempamerka­n barisan penyerang menakjubka­n, Perancis membuktika­n mereka gagal mengetepik­an cabaran pasukan kerdil Luxembourg, negara yang menduduki ranking dunia ke-136.

Skuad Didier Deschamps, yang membariska­n Kylian Mbappe yang turun sebagai pemain gantian untuk menewaskan Belanda, memiliki penguasaan bola lebih 70 peratus dan 30 percubaan di depan gawang di Toulouse namun gagal memecah kebuntuan dan wisel terakhir disambut ejekan penyokong.

Ini kali pertama Perancis gagal mencatat kemenangan ke atas Luxembourg sejak 1914 dan satu-satunya sagu hati buat Perancis adalah mereka kini satu mata di atas Sweden di puncak Kumpulan A berbaki dua perlawanan.

“Keputusan Khamis lalu amat penting begitu juga

 Belgium muncul negara pertama Eropah ke Russia 2018

mendapatka­n tiga mata hari ini, jadi kami perlu berjuang hingga ke akhirnya,” kata Deschamps.

“Dua perlawanan terakhir akan menjadi penentu. Kami berada dalam situasi lebih baik berbanding Jun lalu biarpun kecewa malam ini.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia