Harian Metro

‘SEMUA KENA CARI GOL’

- Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

MelakaNazr­i

Harimau Malaya enggan memberikan tekanan kepada barisan seranganny­a untuk mencetak gol ketika berdepan Hong Kong pada aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Jurulatih pasukan kebangsaan Nelo Vingada berkata, kebiasaann­ya barisan depan pasukan akan dikunci ketat oleh lawan justeru beliau meminta semua pemain untuk cuba mencari gol pada perlawanan itu.

Menurutnya, beliau memberi ruang besar kepada pemain untuk membantu penyerang meledak jaringan termasuk dari posisi pertahanan dan tengah.

Vingada berkata, beliau positif anak buahnya mampu menewaskan Hong Kong pada pertemuan penting itu yang harus diterjemah­kan dengan baik sepanjang 90 minit.

“Saya pastinya tidak akan menetapkan penyerang saja yang perlu diharapkan untuk meledak jaringan sebaliknya semua pemain mampu dan berpeluang untuk meledak jaringan sekali gus mengeliruk­an pertahanan lawan.

“Bagi saya pemain tengah dan pertahanan juga perlu bijak menggunaka­n ruang yang terbuka ketika mereka agresif menutup gerakan pemain depan yang boleh menghasilk­an jaringan luar jangkaan untuk

menghadiah­kan tiga mata buat pasukan,” katanya.

Pengendali dari Portugal itu menegaskan, beliau juga mahu pemain menutup kesilapan membenarka­n lawan menjaringk­an gol pada minit-minit akhir seperti berlaku ketika bertemu Lubnan dan Syria.

Vingada mengakui persembaha­n pemain dilihat semakin baik dan positif selepas mengharung­i beberapa perlawanan persahabat­an termasuk berdepan Syria dan Myanmar baru-baru ini sekalipun mereka tewas.

Kapten pasukan negara Safiq Rahim pula berkata, sokongan peminat amat ditagih pada perlawanan itu kerana kehadiran mereka mampu memberikan rangsangan kepada pemain.

Safiq juga yakin kehadiran penyokong mampu menyuntik semangat pemain untuk bertindak cemerlang.

Perancang utama itu berkata,

 Vingada tidak mahu beri tekanan kepada bahagian serangan Harimau Malaya

pemain sudah bersedia sepenuhnya untuk beraksi menerusi arahan jurulatih dan bertindak merencana strategi yang diterapkan.

 ??  ?? PEMAIN negara jalani latihan sambil diperhatik­an Vingada (kanan).
SAFIQ
PEMAIN negara jalani latihan sambil diperhatik­an Vingada (kanan). SAFIQ
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia