Harian Metro

Hong Kong mula perang psikologi

- Ooi Kin Fai nstsport@nst.com.my

Melaka: Hong Kong memulakan perang psikologi ke atas Malaysia apabila menegaskan mereka adalah pasukan pilihan untuk menang menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi kelayakan Kumpulan B Piala Asia di Stadium Hang Jebat malam ini.

Jurulatih Hong Kong, Kim Pan Gon juga dilihat kurang teruja dengan kualiti skuad Harimau Malaya ketika ini berbanding ketika di bawah bimbingan bekas jurulatih Datuk Ong Kim Swee.

Hong Kong sudah melakar kejutan apabila berjaya mengikat Korea Utara 1-1 pada perlawanan sebelum ini sekali gus memberikan satu mata berharga kepada mereka.

“Benar, kami adalah pasukan pilihan. Sejak saya membimbing pasukan kebangsaan, sudah dua kali saya hadir ke sini dan meraih keputusan seri dua kali.

“Pasukan anda nampak meyakinkan dan pemain juga mempunyai skil dan agresif. Corak permainan lebih kepada menyerang dan ia menyukarka­n kami sepanjang dua perlawanan itu.

“Tapi pasukan baru ini lebih reaktif, bertahan dan kurang menyerlah. Ia berbeza berbanding pasukan sebelum ini.

“Kami pula lebih proaktif dan sentiasa cuba untuk mendominas­i permainan. Kami lebih mengamalka­n corak menyerang,” kata Pan Gon pada sidang media semalam.

Penilaian Pan Gon itu dilihat tepat selepas menyaksika­n Malaysia hanya mampu menjaringk­an dua gol dalam tiga perlawanan terakhir bertemu Lubnan, Syria dan Myanmar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia