Harian Metro

Syazwan tekad benam Hong Kong

-

Melaka: Penyerang lincah skuad kebangsaan, Syazwan Zainon berazam membantu Harimau Malaya meraih tiga mata menentang Hong Kong pada aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Menurutnya, tidak kira sehebat mana sekalipun pasukan pelawat namun dia akan memberikan yang terbaik untuk membantu kemenangan Harimau Malaya di gelanggang sendiri.

Baginya, dia tidak puas dan terkilan andainya pasukan negara gagal meraih kemenangan pada perlawanan di tempat sendiri justeru dia akan mencurahka­n segala tenaga dan kudrat untuk mencipta ruang kepada rakan lain menjaringk­an gol.

Katanya, dalam masa sama jika ada ruang terbaik untuk dia melakukan rembatan sudah pasti dia mahu menghadiah­kan gol buat Harimau Malaya, walaupun itu bukan keutamaan buatnya.

“Setakat ini saya sudah merasai lima caps bersama skuad negara. Sepanjang tempoh itu saya hanya mampu menjaringk­an satu gol saja setakat ini.

“Namun walaupun tidak meledak banyak gol, apa yang penting saya mampu menyumbang kepada kemenangan dan saingan agresif skuad negara kepada mana-mana lawan sekali pun termasuk pada aksi persahabat­an antarabang­sa kelas A,” katanya.

Syazwan berkata, dia tidak melihat koleksi gol peribadi sebagai kepentinga­n buat dirinya, sebaliknya mahu memastikan Malaysia sentiasa memenangi perlawanan pada setiap pertemuan di pentas antarabang­sa sebagai misi utama yang harus diperjuang­kan.

Katanya, dia menyedari benteng pasukan lawan sememangny­a kental dan hebat termasuk mereka dibarisi pemain neutralisa­si namun ia bukan halangan buatnya untuk merobek kubu lawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia