Harian Metro

BUAT SENDIRI AKSI NGERI

- DARI MUKA 1

Zizan berkata, dia tidak menyangka hanya dalam masa beberapa hari filem itu ‘meletop’ hingga ada yang sanggup menontonny­a berulang kali.

“Alhamdulil­lah, usaha keras kami berhasil.

Seluruh tenaga produksi memberikan komitmen 100 peratus untuk memastikan filem ini memenangi hati penonton.

“Bahkan filem ini membuktika­n masih ada karya tempatan yang hebat dan di luar jangkaan,” katanya.

Tambah pelakon kelahiran Terengganu ini, kejayaaan filem terbabit bukan hanya terletak pada bahunya semata-mata tetapi seluruh kru produksi yang sudah melakukan yang terbaik.

Lebih mengujakan, Abang Long Fadil 2 yang mula ditayangka­n pada 24 Ogos lalu itu berjaya mengatasi populariti filem hebat Hollywood seperti Annabelle: Creation dan filem Kollywood, Vivegam.

Bercakap mengenai wataknya, Zizan berkata, kali ini Fadil lebih matang.

“Sebelum ini, karakter Fadil digambarka­n sebagai penakut dan suka cakap besar. Namun kini Fadil memperliha­tkan sisi berbeza apabila berani berjuang seorang diri.

“Sebelum ini, Fadil bukan tak pandai berlawan tetapi suka melepaskan diri,” katanya.

Zizan mengaku beraksi dalam filem itu memberi tekanan kepadanya.

“Penggambar­an filem ini dilakukan selepas filem Polis EVO berjaya di pawagam. Saya fikir, apa lagi yang boleh dipersemba­hkan untuk menjadi Fadil. Saya perlu cara lain untuk mewarnai watak Fadil.

“Selepas perbincang­an dengan pengarah Syafiq Yusof, kami setuju menjadikan Fadil lebih matang,” katanya yang merakamkan lagu berjudul Kaki Licik sempena filem terbabit.

Zizan berkata, dia juga banyak melakukan aksi lagak ngeri ketika penggambar­an.

“Saya lebih puas melakukan setiap aksi sendiri. Walaupun ada babak terjatuh, terlepas terajang tanpa sengaja, inilah kemanisan dan pengalaman yang saya timba,” katanya.

Selain lakonan hebat Zizan, filem itu turut dibintangi Datuk AC Mizal, Syamsul Yusof, Wak Doyok, Achey, Tania Hudson, A Galak dan Shuib. - Najiy Jefri

Semua pelakon Abang Long Fadil 2 turut beri komitmen 100 peratus

 ??  ?? Saya lebih puas melakukan setiap aksi sendiri. Walaupun ada babak terjatuh, terlepas terajang tanpa sengaja, inilah kemanisan dan pengalaman yang saya timba
Saya lebih puas melakukan setiap aksi sendiri. Walaupun ada babak terjatuh, terlepas terajang tanpa sengaja, inilah kemanisan dan pengalaman yang saya timba

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia