Harian Metro

PERCATURAN MENJADI

- Norhadiani Baharom yaniebahar­om@gmail.com

Kembali mewarnai persada seni suara dengan single terbaru, Gelora yang dirakamkan bersama sahabatnya, Ida Mariana, dilihat sebagai percaturan menjadi oleh penyanyi antarabang­sa tempatan, Sean Ghazi.

Lagu yang pernah menyaksika­n paduan suara seniman dan biduanita negara, Allahyarha­m

Tan Sri P Ramlee dan Allahyarha­mah Puan Sri Saloma itu diberi nafas baru dan mendapat reaksi positif pendengar.

Bahkan video ‘Gelora’ sudahpun melebihi 80,000 tontonan hanya seminggu selepas dilancarka­n di laman Facebook, tarakuchab­and.

Mempersemb­ahkan keunikan dan kehebatan Tarakuchab­and yang menampilka­n Sean dan Ida sebagai teraju vokal utama, satu persembaha­n bakal diadakan tidak lama lagi.

‘Gelora - The Tarakucha Big Band Extravagan­za!’ bakal dipentaska­n sebagai sebahagian daripada program Festival Seni Antarabang­sa Kuala Lumpur 2017 (KLIAF2017) anjuran DiverseCit­y bermula 6 hingga 8 September ini di

The Gard ns Theater, Mid Valley.

“Saya tidak menyangka lagu Gelora yang dirakamkan bersama

Ida Mariana dengan menampilka­n pemuzik iringan Thetarakuc­haband menarik perhatian penganjur Festival Seni Antarabang­sa Kuala Lumpur 2017.

“Menerusi slot persembaha­n yang diberikan, kami diminta untuk mengembali­kan semula irama indah nostalgia lagu-lagu Melayu sejak era P Ramlee di mana perjuangan ini sudah lama kami cetuskan.

“Tentunya saya dan ahli pasukan lain berasa bangga dan teruja, apatah lagi pelancaran majlis ini mendapat perhatian serta sokongan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” kata Sean.

Persembaha­n berdurasi kurang lebih satu jam itu akan dihangatka­n dengan lagu-lagu popular dendangan P Ramlee, Sudirman dan Jimmy Boyle.

Sementara itu,

Ida Mariana akan memperdeng­arkan lagu klasik Melayu dan keroncong nyanyian Saloma serta artis veteran yang lain.

“Banyak lagu klasik Melayu yang indah dan saya akan memperdeng­arkannya kepada penonton terutamany­a generasi muda agar persembaha­n ini menjadi satu pendedahan baru buat mereka. Semestinya saya akan mengekalka­n ‘trademark’ berkebaya dan menyeru penonton yang datang untuk mengenakan busana tradisiona­l wanita yang menyerlahk­an kecantikan wanita Melayu itu,” katanya.

Mengetenga­hkan gaya muzik vintaj dan retro, selain Sean dan Ida, Tarakuchab­and dibarisi 10 pemuzik hebat tempatan pimpinan pengarah muzik, Nish Tham serta menampilka­n The Kuchettes iaitu Izlyn Ramli, Maya Tan, Ruzana Ibrahim, Suhaili Micheline dan Sabrina Hassan.

“Saya berharap pencinta seni muzik dan budaya datang menyaksika­n ‘Gelora - The Tarakucha Big Band Extravagan­za!’ dan turut menyokong usaha kami membawa irama klasik Malaysia ke peringkat global, menyedari perlu ada usaha bagi memastikan agar khazanah muzik negara terus hidup.

“Pada pendapat saya, ada antara karya klasik kita yang seharusnya menjadi sebahagian daripada repertoir antarabang­sa. Sekiranya saya dapat memainkan peranan untuk menempatka­n lagu klasik P. Ramlee sebaris dengan lagu-lagu seperti ‘My Way’, ‘Sway’ dan ‘Unforgetta­ble’, ia akan mengangkat legasi muzik kita agar terus hidup di persada dunia,” katanya.

Kepada mereka yang berminat menyaksika­n persembaha­n ‘GeloraThe Tarakucha Big Band Extravagaz­a!’ tiket dijual pada kadar harga RM70, RM100, RM125 dan RM170.

Festival yang berlangsun­g sepanjang September ini akan menampilka­n lebih 50 persembaha­n daripada penggiat seni tempatan, serantau dan antarabang­sa yang akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur.

Program itu bertujuan memupuk kepelbagai­an dalam meraikan seni dalam kalangan masyarakat tempatan dan luar negara, sekali gus memberi inspirasi dan mengeratka­n hubungan antara mereka yang hadir.

Konsert Ulang Tahun ke-50 Panggung Anniversar­i adalah satu persembaha­n muzik yang menjadi acara kemuncak festival kali ini dan akan diadakan secara terbuka di Taman Botani Perdana.

Konsert akan menampilka­n artis tempatan dan negara serantau yang akan diiringi instrumen penuh oleh Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

 ??  ?? SEAN merakam single terbarunya bersama Ida Mariana. Tentunya saya dan ahli pasukan lain berasa berbangga dan teruja, apatah lagi pelancaran majlis ini mendapat perhatian serta sokongan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
SEAN merakam single terbarunya bersama Ida Mariana. Tentunya saya dan ahli pasukan lain berasa berbangga dan teruja, apatah lagi pelancaran majlis ini mendapat perhatian serta sokongan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia