Harian Metro

BELAJAR DARI PENGALAMAN

- DARI MUKA 1

Berjaya hasilkan filem Peransang Rentap walaupun terpalit kontrovers­i sebelum ini

“Walaupun berdepan pelbagai ujian dan kontrovers­i sebelum ini, saya tidak pernah patah semangat untuk menerbitka­n filem lagi.

“Hidup saya juga semakin tenang dan gembira sekarang.

“Alhamdulil­lah, saya juga mendapat kekuatan untuk menerbitka­n filem ini berkat sokongan padu daripada ahli keluarga terutama adik kembar, Lina, akhirnya kami berjaya menyiapkan filem Peransang Rentap pada tahun ini,” katanya.

Namun, kata Diana, filem Peransang Rentap tiada kaitan dengan projek filem Rentap yang terbengkal­ai dulu.

“Semua tenaga produksi yang terbabit dalam filem ini tiada kaitan dengan filem Rentap yang dulu.

“Bukan saja judul filem, semua tenaga produksi dan skrip juga baru.

“Selain Lina selaku pengarah, saya juga turut berlakon sebagai watak heroin dalam filem ini,” katanya.

Ditanya kenapa tidak mengambil pelakon popular dan komersial, Diana berkata, semuanya kerana kekangan bajet.

“Selepas kerugian sebelum ini, bajet untuk menghasilk­an filem Peransang Rentap juga tidak banyak dan setakat cukup untuk projek drama dan telemovie saja.

“Pihak kami menggunaka­n lebihan dana peruntukan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional dulu dan ditampung dengan duit sendiri untuk menyiapkan filem ini.

“Bukan saja Lina yang mengarah, saya juga terpaksa berlakon untuk menjimatka­n kos kerana kekangan bajet.

“Saya juga banyak belajar daripada pengalaman pahit masa lalu. Sebab itu, sebagai produser, kami perlu turun padang untuk memastikan

 ??  ?? LINA
LINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia