Harian Metro

IDAM WATAK UTAMA

-

penting juga.

“Saya tidak perlu mengeluh meskipun dalam hati memanglah saya idamkan watak utama juga. Tidak mengapalah, selagi rezeki itu tetap ada sudah memadai kerana saya pun mahu lama dalam industri,” katanya.

Meskipun buat masa ini terikat dengan program MBuzz saja, Tiaz juga sebenarnya sibuk dengan kerjaya seni dan pada masa sama menguruska­n penyanyi Hazman AlIdrus.

Bukan terdesak atau apa, dia cuma mahu meluaskan lagi pengalaman dalam bidang ini dengan mencuba sudut lain pula.

“Mulanya saya cuma membantu Hazman namun kini menjaga dia sepenuhnya. Seronok juga kerana barulah rasa sendiri bagaimana mahu berurusan dengan ramai orang.

“Saya bertuah apabila dapat menguruska­n Hazman kerana dia pun dikenali di Indonesia. Selain di Malaysia, saya berpeluang untuk ke sana bagi menguruska­n aktiviti seni serta mencari jaringan di negara seberang,” katanya.

Bukan merajuk dengan industri, namun, Tiaz juga menyimpan niat melebarkan sayap ke Indonesia suatu hari nanti.

Apalagi, kini dia dan Hazman sering berulangal­ik ke sana.

“Saya melihat setiap peluang yang ada depan mata sangat penting. Jadi, apabila sudah kerap ke sana membuatkan saya rasa amat perlu untuk menyambar jika ada tawaran di sana,” katanya.

Tiaz sentiasa cari ruang untuk pelbagaika­n

cabang dalam industri seni

 ?? FOTO
TAJAAN PAKAIAN INSTAGRAM ?? Bukannya tiada tawaran langsung tapi watak yang diberikan tidaklah besar. Saya sangat bersyukur kerana watak kecil atau sampingan sebenarnya penting juga
FOTO TAJAAN PAKAIAN INSTAGRAM Bukannya tiada tawaran langsung tapi watak yang diberikan tidaklah besar. Saya sangat bersyukur kerana watak kecil atau sampingan sebenarnya penting juga

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia