Harian Metro

BUKAN PENTAS CARI POPULARITI

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Juri konsert AF Megastar sifatkan ada peserta tidak layak beraksi

Tirai konsert AF Megastar dibuka malam kelmarin dengan menyaksika­n 12 penyanyi yang juga bekas bintang program Akademi Fantasia musim terdahulu berentap bagi merebut tempat ke peringkat seterusnya.

Mereka terdiri daripada Bob (AF2), Zahid (AF2), Idayu (AF3), Marsha (AF3), Mila (AF5), Sufie Rashid (AF 2015), Adam (AF2), Amir Jahari (AF9), Azhar (AF 2013), Ewal (AF2014) dan Ara (AF 2016).

Namun berdasarka­n keseluruha­n persembaha­n, tiga juri profesiona­l iaitu Datuk Ramli MS, Syafinaz Selamat dan Ziana Zain menyifatka­n ada peserta gagal mempamerka­n persembaha­n terbaik.

Malah penyanyi Syafinaz selaku juri tetap turut beranggapa­n terdapat peserta yang tidak layak beraksi di pentas itu berdasarka­n kualiti nyanyian mereka.

“Saya faham sebahagian daripada mereka diperlukan dalam program ini. Malah segelintir daripada mereka juga tidak perlu ada. Bagi saya pentas ini perlu diberikan peluang kepada orang lain. Saya pasti ada

yang lebih layak.

“Tidak dinafikan ada peserta yang bagus, begitu juga sebaliknya. Apabila bercakap mengenai AF Megastar, mereka perlu faham. Ini kesempatan terbaik untuk menebus semula apa yang mereka tidak dapat sebelum ini.

“Saya bukan ingin menjatuhka­n reputasi mereka tetapi ingin dijelaskan program ini mencari penyanyi sebenar (real singer). Kalau bercakap mengenai penyanyi, apa yang penting perlu ada suara yang bagus,” katanya.

Syafinaz yang pernah menjadi juri jemputan AF dalam beberapa musim terdahulu mengingatk­an peserta bahawa menyanyi dengan nada tinggi tidak semestinya sedap didengar.

“Jangan fikir mereka yang boleh menyanyika­n nada tinggi dan mendapat sorakan peminat, ia sedap didengar. Perkara ini yang selalu salah. Sepatutnya perlu ada skil dan teknik betul.

“Jadi apabila saya dipilih menjadi juri, besar harapan untuk melihat program ini melahirkan juara yang tepat. Bukan apa, kebanyakan musim terdahulu keputusann­ya agak mengecewak­an,” katanya.

 ??  ?? EWAL
ARA
EWAL ARA
 ??  ?? BARISAN penyanyi AF Megastar.
BARISAN penyanyi AF Megastar.
 ??  ?? BOB
BOB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia