Harian Metro

Dendang karya 450 tahun

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Suhaimi tampil dengan single lagu nasyid Ishfa’Lana

Tidak pernah terlintas di fikiran bakal bergelar penyanyi nasyid, AsSuhaimi, 31, mengakui minat ke arah itu timbul selepas terkenang pesanan ibunya.

Suhaimi yang sebelum ini membawakan lagu pelbagai genre berkata, sudah dua tahun dia fokus dalam muzik nasyid.

Penyanyi kelahiran Pahang itu juga menggunaka­n kelebihan sebagai guru tari dengan mencurahka­n ilmu yang ada kepada masyarakat.

“Kalau ikutkan sudah 10 tahun saya terbabit dalam bidang ini. Saya banyak menghasilk­an lagu untuk pelajar sekolah di Raub, Pahang.

“Apabila mak menyatakan hasrat mahu saya menghasilk­an lagu yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai, saya lihat nasyid adalah pilihan terbaik,” katanya.

Katanya lagi, lagu-lagu berkenaan lebih mudah difahami dan memberi banyak dorongan kepada seseorang.

“Sebenarnya nasyid ini pelbagai, apatah lagi saya cuba tampil dalam konsep ‘world music’ iaitu semua lapisan usia boleh mendengarn­ya.

“Saya banyak merujuk penyanyi nasyid lain termasuk Akhil Hayy. Sebagai rakan karib, dia banyak memberi tunjuk ajar kepada saya,” katanya.

Tampil dengan single Ishfa’Lana yang bermaksud syafaatkan kami, lagu berkenaan dinyanyika­n semula oleh Suhaimi.

Lagu itu sudah dinyanyika­n sejak 450 tahun lalu dalam bahasa Arab.

“Saya memilih lagu ini kerana ia menjadi siulan ramai. Jadi, peminat akan lebih mudah menikmati lagu nyanyian saya.

“Niat saya bukan sekadar mempopular­kan lagu ini tetapi lebih kepada berkongsi muzik dengan semua pendengar,” katanya.

 ??  ??
 ?? Suhaimi ?? Saya memilih lagu ini kerana ia menjadi siulan ramai. Jadi, peminat akan lebih mudah menikmati lagu nyanyian saya
Suhaimi Saya memilih lagu ini kerana ia menjadi siulan ramai. Jadi, peminat akan lebih mudah menikmati lagu nyanyian saya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia