Harian Metro

DEMI KITA ‘LEBIH DEWASA’

-

Penyanyi lagu Sabar, Ismail Izzani kini muncul dengan single kedua berjudul Demi Kita yang menampilka­n sisi baru dirinya.

Dicipta komposer hebat Omar K, Ezra Kong dan Adib Hamdi, Demi Kita mendapat sentuhan lirik oleh Ismail sendiri di samping Omar dan Adib.

Nadanya jauh berbeza berbanding Sabar kerana kedengaran lebih dewasa selain jalan cerita serta vokal penyanyi berusia 17 tahun itu juga semakin matang.

Dengan melodi berentak balada, jelas dapat dirasakan jiwa penyanyi ini menterjema­hkan setiap bait lirik.

Jalan cerita yang disampaika­n menerusi Demi Kita adalah luahan hati pasangan yang terpaksa memutuskan hubungan mereka.

Perpisahan yang berlaku bukanlah kerana pergaduhan, perselisih­an ataupun kehadiran orang ketiga, namun disebabkan keadaan serta masa yang tidak mengizinka­n mereka bersatu.

Menurut Ismail, Demi Kita adalah luahan rasa hatinya dan sangat peribadi buat dirinya.

“Saya tidak meletakkan sasaran yang terlalu tinggi lagu ini diterima peminat.

“Lagu ini sangat dekat di hati saya dan apa yang disampaika­n adalah luahan hati dan berdasarka­n pengalaman sendiri,” katanya.

Lagu itu adalah lagu kedua yang liriknya ditulis Ismail. Video lirik Demi

Kita sudah dimuat naik ke YouTube sejak 19 Ogos lalu dan kini sudah mencecah 900,000 tontonan.

Single kedua Ismail Izzani ibarat luahan rasa pengalaman

sendiri

 ??  ??
 ??  ?? Lagu ini sangat dekat di hati saya dan apa yang disampaika­n adalah luahan hati dan berdasarka­n pengalaman sendiri
Lagu ini sangat dekat di hati saya dan apa yang disampaika­n adalah luahan hati dan berdasarka­n pengalaman sendiri
 ??  ?? LAGU: Demi Kita
PENYANYI: Ismail Izzani KOMPOSER: Omar K, Ezra Kong & Adib Hamdi
LIRIK: Omar K, Adib Hamdi & Ismail Izzani
TERBITAN & EDARAN: World Peace Entertaint­ment
LAGU: Demi Kita PENYANYI: Ismail Izzani KOMPOSER: Omar K, Ezra Kong & Adib Hamdi LIRIK: Omar K, Adib Hamdi & Ismail Izzani TERBITAN & EDARAN: World Peace Entertaint­ment

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia