Harian Metro

‘RACUN’ MESRA ALAM

-

Semburan ISR atasi mati rosot pokok betik tanpa jejas alam sekitar

DARI MUKA 1

Varieti lain yang turut ditanam di Malaysia khususnya untuk pasaran tempatan adalah Sekaki. Pelancaran kedua-dua varieti Eksotika melonjakka­n eksport bernilai RM120 juta pada 2004 dan meletakkan Malaysia sebagai pengekspor­t kedua terbesar di dunia.

Bagaimanap­un, kejayaan tidak kekal lama apabila eksport betik merudum menjadi RM21 juta pada 2012 akibat jangkitan penyakit mati rosot betik disebabkan sejenis bakteria perosak iaitu Erwinia mallotivor­a.

Penyakit ini menyerang anak benih, tangkai daun, daun, batang pokok, bahagian terminal daun dan juga buah. Simptom penyakit apabila lecuh basah pada pucuk, daun, batang dan akhirnya daun reput serta terkulai seterusnya kelihatan tompok hitam pada kulit buah selain isinya.

Sehubungan itu, Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya menemukan ‘penawar’ teknologi Kerintanga­n Sistemik Teraruh atau Induced Systemic Resistance (ISR) bagi kawalan tanaman betik yang pertama di dunia.

Pegawai Penyelidik Kanan MARDI, Dr K Ganisan berkata, sekiranya bakteria ini menyerang bahagian terminal daun, keseluruha­n terminal itu akan nekrotik reput, terkulai dan patah yang mengakibat­kan pokok betik mati secara perlahan-lahan.

Beliau berkata, penyakit ini boleh mengakibat­kan 100 peratus kemusnahan dan berbahaya untuk industri betik negara kerana ia mudah merebak melainkan memusnahka­n semua tanaman betik di ladang berkenaan.

“ISR ialah satu pendekatan untuk meningkatk­an kerintanga­n pokok terhadap makhluk perosak. Kerintanga­n ini boleh diaruh dengan menginokul­asi inokulan ISR pada pangkal pokok.

“Teknik kawalan ini sudah diuji di ladang pengusaha dan berjaya mengawal penyakit mati rosot hingga 95 peratus. Pendekatan ISR ini juga boleh diguna pakai untuk penghasila­n betik secara konvension­al dan organik.

“Ia juga bersifat mesra alam kerana tidak mempunyai bahan kimia berbahaya untuk kawalan penyakit,” katanya selepas ditemui pada majlis pelancaran pakej ISR di Dengkil, Selangor, baru-baru ini.

Majlis pelancaran disempurna­kan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Nogeh Gumbek. Turut hadir, Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Sharif Haron dan Pengarah Urusan Exotic Star (M) Sdn Bhd, Jeffry Choong.

Sementara itu, Nogeh berkata, teknologi ini antara teknik pengaruhan kerintanga­n dan ketahanan pokok betik melalui inokulasi atau aplikasi bakteria bermanfaat ke akar pokok.

“Teknologi ini juga antara teknologi hijau yang bersifat mesra alam kerana tiada bahan kimia

 ??  ?? Teknik kawalan ini sudah diuji di ladang pengusaha dan berjaya mengawal penyakit mati rosot hingga 95 peratus. Pendekatan ISR ini juga boleh diguna pakai untuk penghasila­n betik secara konvension­al dan organik
TEKNOLOGI ISR digunakan untuk menyembur...
Teknik kawalan ini sudah diuji di ladang pengusaha dan berjaya mengawal penyakit mati rosot hingga 95 peratus. Pendekatan ISR ini juga boleh diguna pakai untuk penghasila­n betik secara konvension­al dan organik TEKNOLOGI ISR digunakan untuk menyembur...
 ??  ?? NOGEH (tengah), Sharif (kiri) dan Jeffry menunjukka­n teknologi ISR menggunaka­n jenama Dieback Buster.
NOGEH (tengah), Sharif (kiri) dan Jeffry menunjukka­n teknologi ISR menggunaka­n jenama Dieback Buster.
 ??  ?? NOGEH mencuba buah betik Eksotika.
NOGEH mencuba buah betik Eksotika.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia