Harian Metro

Sijil gred durian

- Samadi Ahmad rencana@hmetro.com.my

Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan mengeluark­an sijil pengesahan gred durian kepada penjual buah tempatan bagi mengelak pembeli tertipu ketika melakukan pembelian.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ia termasuk menggunaka­n pelbagai teknologi terkini termasuk imbasan kod QR yang boleh diperiksa dengan hanya menggunaka­n telefon pintar oleh pembeli bagi menentukan gred serta keluaranny­a.

“Usaha itu dilaksanak­an kerana kami menerima banyak aduan daripada pembeli yang mendakwa tertipu dengan gred durian yang tidak betul dan terpaksa membayar pada harga lebih tinggi.

“Pengusaha durian juga digalak mendapatka­n sijil pengesahan gred buah tempatan itu bagi meyakinkan pembeli dan mengelak penipuan ketika urusan jual beli,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Makan Tengahari Bersama Usahawan Industri Durian di Putrajaya, baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalanny­a, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Ahmad Shabery berkata, pengeluara­n sijil itu akan dilaksanak­an secepat mungkin dengan kerjasama Jabatan Standard Malaysia (Standard Malaysia).

Katanya, Standard Malaysia berfungsi sebagai pengeluar sijil selepas menerima pengesahan gred daripada FAMA dan Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

“Pelaksanaa­n itu juga memberi pilihan kepada pembeli untuk meneruskan pembelian atau sebaliknya.

“Jika tidak pasti dengan kesahihan gred dan keluaran durian itu atau penjual tidak meletakkan kod serta label yang disahkan kerajaan, mereka ada pilihan untuk tidak membelinya,” katanya.

Beliau menegaskan pada ketika ini, belum tiba masanya lagi untuk meletakkan harga siling durian, sebaliknya menyegerak­an sistem standard supaya pembeli tidak tertipu ketika membuat pembelian.

Pada majlis itu,

Ahmad Shabery turut mengumumka­n penganjura­n Festival Durian 2017 di Nanning, China yang akan berlangsun­g bermula 19 hingga 21 Oktober ini dengan kerjasama FAMA.

Sebanyak 50 pengusaha akan menyertai pameran itu membabitka­n 250 produk, selain membawa masuk dua kontena berisi durian, namun ia bergantung kepada kelulusan pihak penganjur di China.

Ahmad Shabery berkata, hala tuju eksport durian dengan tagline ‘Durian Adalah Industri’ bertujuan meningkatk­an eksport durian serta produk berasaskan durian melalui usaha mempelbaga­i akses pasaran buah ini ke luar negara.

“Tanaman durian ini boleh dijadikan sebagai industri kerana harganya semakin tinggi dan negara mempunyai banyak tanah terbiar di lereng bukit yang boleh dimanfaatk­an sebagai kawasan tanaman.

“Melalui teknologi terkini kita mampu menyimpan buah durian pada jangka masa yang lama ketika berlaku lambakan. Pada masa itu durian juga tidak lagi dilihat sebagai buah bermusim serta ia mampu menstabilk­an harganya,” katanya.

Mudahkan pembeli

kesan kegiatan penipuan melalui telefon

bimbit

 ?? FOTO: ?? AHMAD Shabery (dua dari kanan) melihat produk berasaskan durian ketika melawat pameran.
FOTO: AHMAD Shabery (dua dari kanan) melihat produk berasaskan durian ketika melawat pameran.
 ??  ?? AHMAD Shabery bersama Badruddin Amiruldin melihat produk berasaskan durian.
AHMAD Shabery bersama Badruddin Amiruldin melihat produk berasaskan durian.
 ??  ?? PRODUK berasaskan durian.
PRODUK berasaskan durian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia