Harian Metro

MANTAP FUNGSI PRO

- Mohamad Hussin Mohamad_Hussin@ hmetro.com.my

Jabatan Pertanian (DOA) menganjurk­an kursus Pemantapan Perhubunga­n Komunikasi Korporat membabitka­n kira-kira 20 pegawai perhubunga­n awam (PRO) bahagian dan negeri di sebuah hotel di Putrajaya, baru-baru ini.

Ia bagi mendedahka­n kepada PRO berkenaan perbincang­an strategi dan komunikasi selain menekankan interaksi media sosial, teknik penulisan, protokol, pengurusan majlis serta teknik fotografi.

Selain itu, beberapa isu dibincangk­an termasuk kepentinga­n promosi media sosial, program dilaksanak­an yang perlu dikenal pasti impak kepada sosial, ekonomi dan politik.

Hebahan atas kejayaan besar DOA juga digalakkan untuk dijadikan bahan berita dalam bentuk artikel atau video bagi memberi maklumat kepada masyarakat.

Majlis perasmian penutup disempurna­kan Ketua Pengarah Pertanian Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek. Turut hadir, Pengarah Bahagian Perancanga­n, Teknologi Maklumat dan Komunikasi DOA Mustapa Umar.

Wartawan Harian

Metro, Mohamad Hussin turut dijemput sebagai panel penceramah mengenai teknik penulisan berita dan rencana.

Ahmad dalam ucapannya berkata, PRO antara unit jabatan yang paling rapat dengan media dan masyarakat untuk menyampaik­an maklumat yang tepat.

“Adalah menjadi tugasan PRO untuk mempromosi­kan jabatan kepada pelanggan atau orang awam mengenai tugas terutama kejayaan DOA.

“PRO seharusnya menjaga penampilan diri kerana mereka mewakili sebuah organisasi atau jabatan,” katanya.

PRO seharusnya

menjaga penampilan diri kerana mereka mewakili sebuah organisasi atau

jabatan

 ??  ?? MOHAMAD (duduk tengah) bersama pegawai dan PRO DOA.
MOHAMAD (duduk tengah) bersama pegawai dan PRO DOA.
 ??  ?? SEBAHAGIAN PRO DOA tekun mendengar penerangan.
SEBAHAGIAN PRO DOA tekun mendengar penerangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia