Harian Metro

Bantu pekebun kecil

- Mohd Amin Jalil rencana@hmetro.com.my

Program pembanguna­n keusahawan­an dan aktiviti ekonomi antara usaha berterusan pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk memastikan pekebun kecil dapat meningkatk­an taraf hidup setanding masyarakat lain di negara ini.

Justeru, agensi di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu sentiasa fokus dalam membantu dan memastikan pekebun kecil dapat mengembang­kan aktiviti ekonomi supaya mereka tidak hanya bergantung kepada komoditi getah dan sawit semata-mata.

Antara usaha dijalankan termasuk menganjurk­an pelbagai program dan bimbingan keusahawan­an seperti Karnival Usahawan RISDA (KUR) di setiap negeri seluruh negara.

Karnival itu menjadi landasan terbaik bagi usahawan kecil RISDA mempromosi dan memasarkan pelbagai produk yang dihasilkan kepada orang ramai, sekali gus membantu mereka mengembang­kan lagi sayap perniagaan dengan lebih meluas.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pertanian dan

Bimbing petani perluas skop ekonomi untuk lahir usahawan berdaya saing

Industri Asas Tani Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi berkata, RISDA tidak hanya tertumpu kepada usaha meningkatk­an pendapatan pekebun kecil menerusi hasil kebun.

Sebaliknya, agensi itu bergerak ke hadapan dengan pelbagai transforma­si melalui program keusahawan­an, perumahan (Rumah Bina Negara) dan pendidikan.

Beliau berkata, usaha itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan golongan pekebun kecil tidak ketinggala­n dalam arus pembanguna­n negara.

“Setakat ini saja, RISDA sudah berjaya melahirkan seramai 12,653 usahawan di seluruh negara sementara di Negeri Sembilan saja terdapat 661 usahawan dalam pelbagai bidang.

“RISDA turut memperuntu­kkan RM27 juta tahun ini untuk menjayakan program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) bagi membangunk­an potensi pekebun kecil termasuk melahirkan usahawan berjaya.

“Kerajaan negeri akan sentiasa membantu dan bekerjasam­a dengan RISDA untuk memastikan nasib dan masa depan pekebun kecil dapat dibela,” katanya ketika merasmikan

Karnival RISFest@N9 2017 di Medan Letak Kereta Mydin Senawang, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah RISDA Negeri Sembilan,

Abu Hassan Mohd Ali dan wakil Pengarah Bahagian Pembanguna­n Usahawan, Hanan Md Yus.

Seramai 100 usahawan RISDA terutama ahli Kelab Usahawan RISDA (RISDEC) Negeri Sembilan menyertai karnival berkenaan.

Hasim berkata, dalam memastikan usahawan dapat bersaing pada masa depan, bantuan akan diberikan bagi menambah nilai produk dihasilkan supaya dapat menembusi pasaran lebih luas termasuk di peringkat antarabang­sa.

“RISDA turut memberikan penekanan kepada aktiviti pemprosesa­n, pelabelan dan industri halal selain penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) dengan kerjasama Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

“Malah, agensi itu juga membantu dari aspek mendapatka­n premis sesuai dan kompetetif untuk usahawan memasarkan produk masing-masing dengan lebih berkesan.

“Saya yakin segala usaha dilakukan RISDA ini akan dapat memberikan nilai tambah kepada pekebun kecil ke arah meningkatk­an kesejahter­aan dan membina kehidupan lebih gemilang pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Abu Hassan berkata, pihaknya diberikan peruntukan sebanyak RM1.8 juta untuk menjayakan program pembanguna­n keusahawan­an di negeri itu dan membantu mereka bergiat aktif dalam pelbagai sektor ekonomi.

Beliau berkata, pihaknya komited untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan dalam merealisas­ikan sasaran RISDA pusat melahirkan 20,000 usahawan dengan pendapatan sekurangku­rangnya RM4,000 sebulan menjelang 2020.

Menurutnya, pihaknya turut menawarkan skim pinjaman melalui Tabung Pembanguna­n SosioEkono­mi Pekebun Kecil RISDA (TPSEPK) yang menyediaka­n modal pusingan, pembelian kelengkapa­n dan bahan mentah.

“Ketika ini terdapat seramai 661 usahawan di Negeri Sembilan yang menjalanka­n pelbagai aktiviti keusahawan­an di bawah bimbingan RISDA.

“Daripada jumlah itu,

256 usahawan kadet, 398 usahawan Mikro, enam usahawan kecil dan satu usahawan sederhana.

“Saya yakin bilangan usahawan ini akan terus bertambah menerusi keberkesan­an program pembanguna­n yang kita jalankan dari semasa ke semasa, malah ramai yang sudah mula menunjukka­n minat menceburi bidang ini,” katanya.

Setakat ini saja, RISDA sudah berjaya melahirkan seramai 12,653 usahawan di seluruh negara sementara di Negeri Sembilan saja terdapat 661 usahawan dalam pelbagai bidang

 ??  ??
 ??  ?? 2. HASIM bersama sebahagian penerima bantuan program
pembanguna­n usahawan RISDA.
3. MELAWAT gerai usahawan RISDA .
2. HASIM bersama sebahagian penerima bantuan program pembanguna­n usahawan RISDA. 3. MELAWAT gerai usahawan RISDA .
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia