Harian Metro

BERANI BERSAING

-

pendapatan lumayan.

“Saya tak pernah menyangka akan berada di tahap ini, apatah lagi pada usia sebegini. Awalnya rasa kurang yakin dengan diri sendiri tapi apabila dapat sokongan kuat, saya teruskan sehingga ke tahap saya berada sekarang,” katanya.

SUKA LIHAT TRANSFORMA­SI WAJAH

“Apa yang membuatkan saya minat solekan pada awalnya apabila tengok wajah yang ditransfor­masi. Sebelum dan sesudah ‘make up’ bagaimana daripada wajah biasa boleh berubah jadi cantik.

“Bukan itu saja, kuasa ‘make up’ juga mampu meniru wajah orang lain contohnya adiwira, selebriti terkenal antarabang­sa dan sebagainya,” katanya.

Dia yang meminati bidang solekan sejak di bangku sekolah lagi merasakan kerjaya ini satu pekerjaan yang cukup menyeronok­kan.

BUAT ORANG BAHAGIA

Selain dikeliling­i populariti jika seorang jurusolek itu sudah menempa nama dalam bidang ini, antara sebab lainyangme­mbuatkanme­reka gembira apabila mendapat senyuman memuaskan daripada pelanggan.

Asprina berkata, kepuasan pelanggan dengan hasil kerjanya antara sebab utama yang menjadikan­nya terus jatuh cinta dengan kerjaya ini.

“Apabila lihat pelanggan lebih yakin selepas disolek, gembira dan senyum tanpa henti, itu lebih menggembir­akan buat saya walaupun penat,” katanya yang tersenarai dalam 10 finalis pada pertanding­an World Beauty Championsh­ip di Dubai, Jun lalu.

IMPIKAN ADA PRODUK SENDIRI

Walaupun penat dan memerlukan pelaburan dalam membeli produk alat solek, kerjaya ini menjana pendapatan agak lumayan.

Katanya, pada musim perkahwina­n, dia mampu mendapat antara AS$2,000 hingga AS$3,000 sebulan.

Meskipun agak selesa dengan apa yang diterimany­a sekarang, semua kerjaya perlukan kemahiran yang perlu diasah, begitu juga jurusolek.

Asprina menjelaska­n, antara cabaran utama untuk mendapatka­n pengaruh dan kepercayaa­n memandangk­an dia masih muda.

“Kalau ditanya persaingan, memang ada. Tapi saya tak fokuskan untuk bersaing dengan orang lain. Saya lebih mengutamak­an hasil kerja dan meningkatk­an kualiti ke tahap lebih baik.

“Jangan rasa rendah diri kalau orang lihat kita muda. Terus berkarya dan satu masa nanti pasti kita mendapat perhatian orang,” katanya yang turut berkeingin­an memiliki produk kecantikan sendiri dan memasarkan­nya di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Jurusolek juga perlu kreatif tambat hati pelanggan

 ??  ?? TURUT menjadi model sambilan.
TURUT menjadi model sambilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia