Harian Metro

Tuah mengait kopiah anak

- DARI MUKA 1

Norlena Nayan jana pendapatan

menerusi minat dalam kraf tangan

seni mengait

Walaupun ada sesetengah pihak memandang rendah terhadap keunikan produk kraf berbanding cabang lain seperti kayu atau fesyen, mereka berasakan belum terlambat untuk mencuba mengumpulk­an lebih ramai peminat seni kait.

Pengait dan tenaga pengajar kopiah

Linanuar Online Store, Norlena Nayan, 48, mula membabitka­n diri dalam dunia mengait sejak berusia 22 tahun. Ketika itu, aktiviti mengait bermula dengan menghasilk­an lapik meja dan kerusi.

“Saya berkahwin awal ketika pada usia 18 tahun dan teringin untuk memiliki anak lelaki. Walaupun menunggu agak lama dan akhirnya diberi peluang memiliki cahaya mata lelaki, teringin pula untuk membuat kopiah kait sendiri yang mempunyai nama.

“Ketika itu, pemakaian kopiah yang dihias dengan nama masih belum popular. Pada 2010, barulah saya mula serius menceburi bidang mengait kopiah,” katanya.

Mengimbau kenangan lalu, jelas Norlena, dia belajar mengait melalui rakan sekolahnya ketika berada dalam darjah enam untuk menghabisk­an masa terluang selepas tamat peperiksaa­n.

Kemudian, pembelajar­an diteruskan sehinggala­h dia mula mengait kembali secara separuh masa sebelum mengambil keputusan untuk serius dalam bidang mengait.

Pada awal pembabitan­nya, permintaan terhadap kopiah dengan hiasan nama sangat tinggi hingga dia tidak pernah sunyi daripada menerima tempahan.

Bukan mudah untuk mendapatka­n asas corak dan bentuk kopiah yang sempurna hinggakan dia terpaksa mengambil tempoh hingga sebulan bagi memastikan hasilnya benar-benar memberi kepuasan.

“Pada awal pembabitan saya bermula dengan membeli topi ketayap atau kufi bagi membantu mendapatka­n idea membentuk kopiah dengan rekaan sendiri.

“Sama ada kopiah kosong atau ada nama, ia mudah diregang mengikut bentuk kepala, boleh dibasuh, tahan lama, corak berlubang bagi memastikan kulit kepala boleh bernafas selain selesa dipakai kanakkanak dan orang dewasa kerana menggunaka­n benang kait yang lembut.

“Sejak awal pembabitan hingga ke hari ini, saya berjaya menghasilk­an 10 rekaan kopiah dengan tanda pengenalan corak lapan bintang dan menerima tempahan borong selain menjadi tenaga pengajar kepada individu berminat,” katanya.

Jelasnya, ilmu mengait kopiah sangat berbaloi untuk dipelajari terutama kepada individu yang memiliki minat mengait dan suri rumah yang ingin menjana pendapatan tetapi pada masa sama mahukan masa yang fleksibel.

Tanpa perlu mengeluark­an modal yang besar, asalkan ada minat, memiliki asas mengait, berfikiran positif dan ada peralatan mengait mencukupi, sudah cukup untuk membantu menjana pendapatan melalui aktiviti kait itu.

Konsep berkongsi rezeki tidak pernah dilupakan dan setiap kali dia menerima tempahan borong, Norlena akan mengupah ibu tunggal yang mahir untuk membuat kopiah berkenaan yang mempunyai pelanggan tempatan dan dari luar negara seperti New Zealand, Arab Saudi, Australia dan

Singapura.

Pada masa sama, dia turut membabitka­n diri dalam projek amal dan menggalakk­an setiap pelajarnya memberi sedekah kopiah yang dihasilkan di dalam kelas kepada golongan memerlukan seperti mualaf, pelajar tahfiz atau yang terbabit dengan bencana alam.

“Bagi saya, individu yang baru mula menceburi bidang ini perlu banyak bersabar kerana belum ramai orang yang mahir menghasilk­an kopiah kait bernama,” katanya.

HASILKAN AMIRUGUMI

Sementara itu, pengasas Norafni A Shani Collection (nas’handmade), Norafnifar­ahidayu Abdullah Sani, 35, berkata, impiannya untuk menaikkan produk kait ke peringkat antarabang­sa bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi baru

 ??  ?? NORLENA (kanan), Farah dan Norafnifar­ahidayu berganding bahu memperkena­lkan bidang mengait kepada orang ramai.
NORLENA (kanan), Farah dan Norafnifar­ahidayu berganding bahu memperkena­lkan bidang mengait kepada orang ramai.
 ??  ?? NORLENA
NORLENA
 ??  ?? FARAH Ramly
FARAH Ramly

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia