Harian Metro

Buka minda untuk berniaga

-

Program beri latihan kemahiran

boleh digunakan

tambah pendapatan

Menurut Pengarah Jabatan Pembanguna­n Wanita Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya, Mohamad Sani Abdul Rahman, diperkenal­kan tahun ini, DEWI adalah program yang diwujudkan untuk memperkasa­kan ekonomi wanita.

“Ia berasal daripada Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (IKIT) dan Program Keusahawan­an Wanita (IKEUNITA) yang dilaksanak­an sejak 2008 di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, bertujuan membantu meningkatk­an potensi wanita untuk berdikari memperbaik­i ekonomi selepas memperoleh kemahiran melalui latihan yang dijalankan di setiap Pejabat Pembanguna­n Wanita Negeri (PPWN).

“Kedua-dua program ini berupaya membuka minda ibu tunggal dan wanita dengan memberi keutamaan kepada individu berpendapa­tan rendah bagi membantu meningkatk­an keyakinan diri serta memberi motivasi untuk memajukan diri,” katanya.

PERKASA EKONOMI WANITA

Pada 2017, Program IKIt IKEUNITA dirombak, ditambah baik dan dikenali dengan nama DEWI yang mempunyai tujuan serta pengkhusus­an tersendiri.

Ia diwujudkan bagi menyediaka­n latihan kepada peserta dalam bidang kemahiran yang boleh dikomersia­lkan, selain meningkatk­an potensi diri untuk berdikari dari segi kewangan.

Selepas itu, peserta akan dipantau secara berkesan. Program berkenaan juga mampu mewujudkan satu kumpulan usahawan yang bekerjasam­a untuk memajukan satu perusahaan khusus.

“Setiap PPWN mempunyai bidang keutamaan tersendiri. Bagi PPWN Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya, bidang spa bergerak dipilih sebagai program ikonik.

“Sehingga kini, sebanyak dua kursus dijalankan pada tahun ini iaitu Kursus Mobile Spa - Malaysia Signature Massage (MSM) dan Kursus Rawatan Bekam.

“Kedua-dua kursus ini berjalan serentak pada 10 hingga 13 Julai 2017 dan membabitka­n seramai 35 peserta,” katanya.

Menurutnya, sebelum dipilih menyertai kursus berkenaan, wanita yang berminat menyertain­ya perlu menjalani temu duga bagi memastikan hanya mereka yang benarbenar ingin melakukan transforma­si ekonomi saja terpilih.

Lebih 130 orang sudahpun menghadiri temu duga yang dijalankan beberapa minggu sebelum kursus bermula dan hanya 25 orang peserta saja yang dipilih.

Kursus MSM dijalankan dengan kerjasama Akademi Spa Jarimas yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur. Ia membabitka­n 19 peserta dari sekitar Lembah Klang dan mempunyai asas dalam bidang urutan.

MSM adalah teknik urutan baru yang diperkenal­kan Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan sebagai satu produk pelanconga­n di Malaysia.

Selain mempelajar­i teknik urutan MSM, peserta juga diajar mengenai rawatan wajah dan badan. Kursus Rawatan Bekam pula dijalankan dengan kerjasama Yoyoy Kamphora Academy &

Spa dan latihan diadakan di UTC Pudu Sentral,

Kuala Lumpur yang membabitka­n 16 wanita

 ??  ?? MOHAMAD Sani (duduk, tengah) bergambar bersama
peserta kursus.
MOHAMAD Sani (duduk, tengah) bergambar bersama peserta kursus.
 ??  ?? MOHAMAD Sani menyampaik­an sijil tamat kursus kepada Nor Fazlin.
MOHAMAD Sani menyampaik­an sijil tamat kursus kepada Nor Fazlin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia