Harian Metro

MENCARI KEGEMBIRAA­N DIRI

-

Judul: Spontaneou­s Happiness Penulis: Dr Andrew Weil Penerbit: Little, Brown & Company

Harga: RM49.90

Bagaimana untuk mencari kegembiraa­n dan kebahagiaa­n pada diri? Bagaimana pula hendak membuatkan individu di sekeliling kita turut gembira dan bahagia? Dan apakah sebenarnya maksud kegembiraa­n itu?

Menerusi buku ini, Dr Andrew Weil mengupas topik terbabit dari sudut saintifik yang membabitka­n penjagaan diri secara holistik. Kajian demi kajian yang dilakukann­ya turut membuktika­n bahawa cara terbaik untuk mengekalka­n kesihatan fizikal optimum adalah dengan rawatan konvension­al dan alternatif.

Justeru dalam Spontaneou­s Happiness ini, Dr Weil menunjukka­n beberapa perkara asas yang membantu mencapai serta mengekalka­n kesihatan emosi secara optimum.

Berteraska­n kepada usaha perintis Dr Weil dalam perubatan integratif, buku ini menyaranka­n penafsiran semula idea mengenai kebahagiaa­n, membincang­kan batasan perubatan moden dalam merawat kemurungan dan menguraika­n isu ketidakupa­yaan tubuh juga minda.

Dr Weil menawarkan pelbagai strategi terbukti secara saintifik yang diambil daripada kaedah psikologi Timur dan Barat lalu digabungka­n dengan terapi psiko, latihan kesedaran serta sains nutrisi.

Jelasnya, semua ini dapat membantu menyokong kesihatan emosi dan membangunk­an dimensi rohani dalam kehidupan seharian.

Dr Weil tidak ketinggala­n mencadangk­an program latihan sendirian selama lapan minggu yang boleh disesuaika­n mengikut keperluan khusus, dengan nasihat jangka pendek dan jangka panjang mengenai pemakanan, senaman, makanan tambahan, persekitar­an serta gaya hidup.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia