Johor Ladies Bikers Club beramal
kerana semua peserta konvoi selamat tiba di lokasi perjumpaan di bandar Kota Tinggi sebelum meneruskan perjalanan ke kediaman pesakit.
Selain meluangkan masa setengah jam bersama keluarga pesakit, mereka turut menyerahkan sumbangan RM2,500 dan barangan dapur kepada isteri pesakit kanser itu, Norfaezah Yusof, 30.
“Dunia pemotoran terutama berkonvoi menggunakan motosikal berkuasa tinggi sudah sebati dengan kehidupan kami. Bagi memastikan konvoi kami lebih bermakna, setiap tahun Johor Ladies Bikers Club menganjurkan aktiviti amal termasuk menziarahi keluarga asnaf dan pesakit kronik di sekitar Johor.
“Pada Ramadan lalu kami juga menganjurkan program berbuka puasa bersama kumpulan anak yatim di Kempas,” katanya.
Sementara itu, Norfaezah berkata, selepas tamat tempoh berpantang dia bercadang untuk kembali bekerja demi menyara tiga cahaya mata serta suami yang terlantar.
Norfaezah berkata, apabila dia bekerja kelak, ada kemungkinan anak sulung, Mohamad Danial Dalil, 11, terpaksa berhenti sekolah agama bagi menjaga si ayah dengan bantuan si adik yang masih kecil, Mohamad Ataullah, 7.
“Suami yang juga bekas nelayan memerlukan penjagaan sepenuh masa kerana kanser ususnya mencecah tahap empat dan sudah merebak.
“Suami hanya menjamah nasi dua hari sekali kerana menghadapi masalah penghadaman, malah organ dalamannya terutama buah pinggangnya juga dikatakan lemah,” katanya.
Norfaezah berkata, keluarganya bersyukur dengan sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta dan beberapa budiman.
“Hanya Allah yang mampu membalas jasa mereka yang membantu keluarga kami dan mendoakan suami agar cepat sembuh,” katanya.