Harian Metro

Gaya hidup sihat

-

untuk melancarka­n inisiatif seumpama ini.

Katanya, Malaysia antara negara yang menggemari sukan, namun semua pihak harus bersatu padu menyokong atlet negara untuk mencapai kecemerlan­gan, malah kita harus mendorong sesama sendiri untuk mengamalka­n gaya hidup lebih sihat sama ada secara individu, keluarga atau dalam komuniti.

“Kesihatan tidak boleh dianggap sebagai destinasi terakhir, ia sepatutnya menjadi pilihan gaya hidup yang penting.

“Sebagai jenama restoran terkemuka di Malaysia, kami mahu #FitMcDonal­d’s menjadi platform yang boleh menggalakk­an rakyat Malaysia mengambil langkah pertama ke arah kehidupan yang sihat, bermula dengan kakitangan kami yang mewakili jenama McDonald’s setiap hari,” katanya.

Pelancaran #FitMcDonal­d’s menyusuli hentian Larian Obor Kuala Lumpur 2017 yang diadakan di McDonald’s Putrajaya minggu lalu.

Larian Obor ke McDonald’s Putrajaya didahului oleh atlet Paralimpik McDonald’s, Muhammad Nabil Rosli yang memenangi pingat Perak untuk kategori

Lari Pecut 100m di Sukan Paralimpia­d Malaysia di Sarawak, tahun lalu.

Hentian di McDonald’s Putrajaya ialah acara terakhir daripada tiga acara hentian utama. Sebelum itu, McDonald’s menyediaka­n hidangan makanan restoran itu untuk pelari larian obor di 17 restoran lain di seluruh negeri.

Pada April lalu, McDonald’s menandatan­gani memorandum persefaham­an bersama Jawatankua­sa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) sebagai penaja perak dan restoran rasmi untuk Kuala Lumpur 2017.

 ??  ?? AZMIR (memegang obor) bersama kontinjen larian obor.
AZMIR (memegang obor) bersama kontinjen larian obor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia