Harian Metro

PARTI GAMIT NOSTALGIA

-

Melody FM bekerjasam­a dengan Kinohimits­u

Malaysia menganjurk­an parti bertemakan MELODY FM Retro Alumni Gathering dalam mencipta memori indah bersama pendengar serta peminat stesen radio itu.

Parti yang diadakan secara privasi itu dihoskan penyampai radio berkenaan termasuk Chui Ling and Jentzen. Bagi mengembali­kan semula suasana retro, tetamu jemputan mengenakan pakaian gaya era 70, 80 atau 90-an.

Dalam majlis berkenaan, turut disediakan ruang snek kegemaran satu ketika dulu bagi mengembali­kan nostalgia. Malah, ada juga aktiviti menarik seperti pertanding­an nyanyian karaoke, anugerah Pakaian Terbaik dan persembaha­n istimewa daripada pemenang Astro CGM.

Penampilan istimewa artis dari Taiwan, Donna Chiu Hai Zhen pastinya meninggalk­an memori indah kepada kira-kira 500 tetamu jemputan yang hadir.

Pada majlis sama, Kino Biotech turut melancarka­n rangkaian terbaru siri Superfood, Kinohimits­u Superfood Supreme. Manfaatnya berbeza daripada rangkaian Superfood yang lain kerana ia membantu mempromosi­kan kesihatan tulang, sendi dan otot bagi menggalakk­an badan kekal aktif dan bertenaga berbanding usia sebenar.

Ia sesuai diminum oleh semua orang, namun dicipta khas untuk warga emas, pengamal kecergasan dan individu yang sedang menjalani rawatan fisioterap­i atau pemulihan.

Bahan utama dalam produk terbaru itu termasukla­h ekstrak buah manggis yang dibuktikan secara klinikal memiliki manfaaat antiradang dan membantu memperbaik­i kesihatan sendi.

Beras perang turut terdapat dalam produk ini dan ia memainkan peranan penting dalam membantu mengekalka­n tahap kesihatan kolesterol dan gula dalam darah selain fungsi kawalan usus.

Selain itu, terdapat juga kandungan protein kacang pea dan bijan hitam dan kalsium, masing-masing mempunyai manfaat tersendiri terhadap kesihatan badan.

Produk berasaskan tumbuhan semula jadi dan tidak mengandung­i bahan tiruan itu boleh diperoleh di semua farmasi, Watsons, Guardian, Caring, Aeon Wellness dan kedai ubat Cina terpilih.

 ??  ?? ANTARA penyampai radio MelodyFM dan pihak pengurusan Kino Biotech bergambar kenangan.
ANTARA penyampai radio MelodyFM dan pihak pengurusan Kino Biotech bergambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia