Harian Metro

KAKI MAINAN BERKUMPUL

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Tiga kanak-kanak lelaki yang begitu meminati permainan Hot Wheels dijemput untuk berkongsi koleksi mereka di acara pameran ‘Art of Speed’, baru-baru ini.

Keghairaha­n mereka terhadap permainan jenama berkenaan memberi peluang kepada Jayden Yap, 6, Young Ghibran, 5, dan Lee Sun-Hae, 4, untuk bertemu dengan pereka utama jenama Hot Wheels, Jun Imai dari Amerika Syarikat.

Pertemuan itu berlangsun­g di majlis beramah mesra bersama pereka berkenaan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

“Minat dan keghairaha­n kanak-kanak terhadap koleksi kereta ini mendorong saya mencipta pelbagai rekaan menarik. Ia memberi kepuasan kepada diri apabila mengetahui kebanyakan kanak-kanak lelaki turut berkongsi minat yang sama dengan saya terhadap permainan ini.

“Lebih membanggak­an, rekaan saya turut memberi impak kepada kebanyakan kanak-kanak lelaki dan peminat jenama ini di Malaysia,” kata Jun Imai.

Jun Imai yang mengetuai pasukan Hot Wheels Auto and Diecast Design adalah individu penting di sebalik ciptaan kebanyakan koleksi Classic jenama berkenaan.

Sesetengah koleksi termasuk Nissan Skyline GT-X, Skyline 2000 GT-R, Datsun 620 dan terbaru, Datsun Bluebird 510 antara koleksi paling diminati ramai kebanyakan pengumpul serta peminatnya.

Pada acara pameran berkenaan, Jun Imai membuat penampilan­nya dan bertemu peminat bersama koleksi Datsun Bluebird 510 bersaiz besar yang ditempah khas.

Majlis bertemu peminat itu turut dihadiri Pengurus Negara Mattel Southeast Asia, Ivan Franco. Menurut Ivan, pihaknya berharap dapat memberi inspirasi kepada kehidupan kanak-kanak untuk menggalakk­an mereka meneroka minat melalui bermain.

“Permainan jenama ini menggalakk­an mereka berimagina­si, kreatif dan bereksperi­men melalui pengalaman dengan aksi kenderaan yang mendebarka­n.

“Kami amat gembira dengan kehadiran Jun Imai di sini untuk kali pertama, apatah lagi ia membabitka­n kanak-kanak dan peminat. Saya berharap dengan lawatan Jun Imai ke sini dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak khususnya lelaki untuk menjadi pereka kereta pada masa akan datang,” katanya.

Pada acara sama, tiga kanak-kanak berkenaan berpeluang berkongsi minat masing-masing dalam mengumpul koleksi permainan yang disukai. Malah, mereka turut diberi peluang untuk menjadi pereka bersama Jun Imai untuk merealisas­ikan kereta permainan impian masingmasi­ng.

Ghibran berpendapa­t, dia lebih menyukai rekaan kereta buatan Malaysia bersama Menara Berkembar KLCC manakala Jayden pula mahukan kereta biru dengan jalur merah, beroda hitam serta memiliki ekzos bersama Menara Petronas selain ditambah bendera negara.

Sun Hae menyimpan impian untuk memiliki permainan kereta dengan reka bentuk kereta api di sebelahnya. Idea menarik yang melambangk­an keunikan Malaysia itu memberi inspirasi kepada pereka berkenaan untuk melukis rekaan diinginkan kanak-kanak kecil itu secara spontan.

 ??  ?? JUN Imai (kanan) melukis idea bersama tiga kanak-kanak yang dijemput.
JUN Imai (kanan) melukis idea bersama tiga kanak-kanak yang dijemput.
 ??  ?? JUN Imai bersama model kereta Datsun Bluebird 510 bersaiz besar.
JUN Imai bersama model kereta Datsun Bluebird 510 bersaiz besar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia