Harian Metro

PELAN SEWA KERUSI URUT

-

membaiki apa saja kerosakan semula jadi sepanjang tempoh jaminan termasuk barang ganti.

Dalam tempoh jaminan juga, sekiranya pelanggan menghadapi sebarang masalah berkaitan kerusi urut, mereka boleh menghubung­i talian khidmat pelanggan jenama itu dengan segera untuk mendapatka­n bantuan teknikal secara percuma.

Memahami situasi pelanggan yang mungkin berhadapan isu had kredit, pelan berkenaan membolehka­n mereka membayar pada kadar yang rendah, kemudian menjelaska­n baki bayaran dengan kad kredit atau kad debit (melalui ansuran 36 bulan).

Perkara lebih penting, isu had kredit dapat diselesaik­an dan tiada sebarang faedah dikenakan. Selepas bayaran pendahulua­n dijelaskan, ansuran bulanan akan dibuat melalui auto debit setiap bulan.

Pada masa sama, selepas membayar keseluruha­n jumlah sewa dan setelah tamat tempoh sewa tiga tahun, pelanggan hanya perlu membayar sejumlah token bernilai RM1 untuk membeli kerusi urut.

Jika pelanggan ingin memiliki kerusi urut model baru, sewaan boleh dilakukan dengan diskaun istimewa sebagai kelebihan daripada pelan naik taraf Hi5 yang fleksibel.

Namun, ia terhad untuk model kerusi urut dan sofa tertentu. Pelanggan boleh membeli kerusi urut atau sofa urut mini yang selesa mengikut keperluan dan kemampuan pada kadar sewa bulanan antara RM88 hingga RM388.

Di samping giat melancarka­n pelan berkenaan, jenama itu juga aktif membuka peluang kepada individu berminat untuk menjadi pengedar.

 ??  ?? PELUANG menikmati urutan di rumah dengan pelan istimewa.
PELUANG menikmati urutan di rumah dengan pelan istimewa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia